Header Ads

Header ADS

Annuar saman MP DAP Tan Kok Wai, tuntut permohonan maaf, ganti rugi


PETALING JAYA:
Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa menyerahkan notis guaman menuntut ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai menarik balik, membuat permohonan maaf dan ganti rugi berhubung kenyataan fitnah mengaitkannya dengan penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menerusi notis difailkan peguam tetuan Sharul Hamidi dan Haziq, notis tuntutan itu turut diserahkan kepada portal Malaysiakini dan ketua pengarangnya, Gan Diong Keng kerana menyiarkan artikel memetik kenyataan ahli Parlimen DAP itu.

Annuar mengepilkan notis guaman itu menerusi ciapan di Twitternya malam ini.

Pada 18 November, Malaysiakini menyiarkan artikel bertajuk “MP Cheras dakwa 42 plot tanah DBKL dijual sejak Annuar jadi menteri”, dengan mendakwa 42 plot DBKL terjual dalam tempoh 8 bulan terakhir Annuar berkhidmat sebagai menteri Wilayah Persekutuan.
Beliau mempersoalkan status penjualan berkenaan dan adakah penjualan itu dilakukan mengikut peraturan ditetapkan.

Pada 19 November, Annuar menafikan tuduhan berkenaan dan menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan tuduhan berat.

Beliau menjelaskan, plot tersebut adalah tanah persendirian yang dimohon kepada DBKL untuk mengubah peraturan penggunaan tanah.

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan, penjualan tanah berkenaan tidak mempunyai sebarang SOP.

Ia juga menyatakan konflik kepentingan menteri Wilayah Persekutuan dan pembabitan datuk bandak Kuala Lumpur dalam Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Ini kerana yayasan itu didapati membeli tanah daripada DBKL, entiti yang juga dipengerusikan oleh menteri dan datuk bandar.

Yayasan itu berada di luar pemeriksaan Jabatan Audit Negara.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Langkah tepat sapa salah die dapat

    BalasPadam
  2. SAMAN...TEPEKKAN MUKA CINA ULTRA KIASU DENGAN SAMAN FITNAH..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.