Header Ads

ads header

Flash News

Anthony Loke, kamu dan geng kamu tolong resign


'Mengapa kita tidak undi belah bahagi hari ini (semalam)? Sebabnya ialah kita tidak menolak keseluruhan belanjawan tersebut. Ada perkara yang kita boleh bersetuju dan sokong.' - Anthony Loke (https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/112132)

Hangpa dengar betul betul. Ketika Menteri Kewangan sedang menggulung, ada seorang MP biadap yang menjerit "tak payah ceramah politik lah" dan "kamu tak ada mandat rakyat". Siapa si biadap itu? Speaker ada sebut "Rasah". MP Rasah kah? Boleh teka?

Dua perkara saya nak kongsi:

1. Jeritan MP biadap itu berlaku beberapa minit sebelum undian suara dibuat. Saya tak tau lah sama ada Anthony Loke sebut "setuju" atau "tak setuju" tapi sah dia tak bangun untuk minta undian belah bahagi. Kalau betul dia sebut "tak setuju" tapi tak minta belah bahagi, ertinya dia ibarat baling batu sembunyi tangan. Orang macam ini dipanggil "Bo Hood" dalam bahasa Hokkien. Tapi kalau dia sebut "setuju" ketika undian suara, maka apa yang perlu dipertikaikan lagi? Kenapa nak kata belanjawan belum diluluskan lagi lah? Nanti kita lawan masa undian peringkat jawatankuasa lah? Nanti kita akan bantah lah? Dalam bahasa Inggeris, ini dikatakan "talk is cheap".

2. Kerajaan sedia ada adalah kerajaan yang mendapat mandat rakyat. Sebab PM dilantik oleh YDP Agong selepas mendapat pandangan semua 222 wakil yang dipilih oleh rakyat. Sistem pilihanraya kita berbeza dengan sistem di Amerika Syarikat. Di sana, pengundi memilih Presiden mereka. Di sini, pengundi pilih wakil rakyat sahaja. Wakil rakyat yang akan pilih PM. Dan kalau pengundi hanya boleh memiilih wakil rakyat semasa pilihanraya sahaja, wakil rakyat boleh memilih PM dari masa ke masa, tertakluk kepada kelulusan daripada YDP Agong. Dah lama jadi MP pun masih bodoh undang-undang.

P.S. Anthony Loke, kamu dan geng kamu tolong resign. Sila buat harakiri. Dah tengok komen-komen daripada penyokong kamu sendiri? Semoga kamu dan kepimpinan tertinggi DAP diperludahi selalu. Bak kata pepatah Hindi "Dhobi Ka Kutta, Na Ghar Ka Na Ghaat Ka". Yakni, anjing pencuci pakaian tak berguna di rumah atau di tempat cuci pakaian. Sebab di rumah tak ada orang dan di tempat cuci pakaian anjing tak ada kerja. Itu lah nasib DAP. Kerajaan pun tak, pembangkang pun tak. Isteri pun tak, pelacur pun tak.


DR. SHAMSHER SINGH THIND



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. PRU 15 Oakaran Garapan ganya mampu bertahan dikawasan yg ramai AMOI tp kecundang dikawasan ramsi Nyonya

    BalasPadam