Header Ads

ads header

Flash News

Anwar kata sengaja minta rakan PH biar belanjawan lulus dulu


Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata dia telah meminta Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk tidak melakukan undi belah bahagi pada Belanjawan 2021 hari ini.

Ini kerana kata Anwar, dia tidak mahu dilihat menolak insentif baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Namun, Anwar berikrar pihaknya akan meminta undi belah bahagi diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika anggota parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.

Menjelaskan tindakannya setelah mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Anwar berkata gabungan itu tetap menentang belanjawan yang dibentangkan Perikatan Nasional (PN).

Ini kerana isu utama seperti perbelanjaan "tidak realistik" belum dijawab oleh Zafrul, katanya.

"Tetapi apa yang dilakukannya adalah mengumumkan geran dan elaun tambahan untuk barisan depan, petani, nelayan dan lain-lain.

"Itu menjadikan isu ini sulit. Saya tidak mahu dilihat mengabaikan fakta bahawa menteri telah mengambil beberapa langkah, yang lebih diterima oleh rakyat.

"Walaupun Lim dan Mohamad mempunyai pandangan yang kuat, saya merayu mereka, berikan tugas itu, buat masa ini kita harus biarkan (belanjawan) terus berjalan," katanya kepada wartawan di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Sumber memberitahu bahawa keputusan Anwar untuk tidak melakukan undi belah bahagi dibuat pada saat-saat akhir.

Berikutan itu berlaku satu pertemuan selama dua jam mengenai perkara itu yang dikatakan berlangsung 'panas'.

"Ia ambil masa lama sebab mereka (MP) sama ada hentam atau pertahankan dia (Anwar)," kata seorang ahli Parlimen Harapan yang hadir dalam mesyuarat itu.

"Keputusan Anwar jadikan semua orang berada dalam posisi yang sangat sulit," katanya.

Sumber berkata Presiden Amanah, Mohamad "geram dan kecewa" terhadap presiden PKR itu, manakala DAP "sangat tidak senang" dengan keputusan berkenaan.

Bercakap kepada wartawan, Anwar berkata keputusan hari ini bukan bermaksud Pakatan Harapan akan membenarkan belanjawan diluluskan pada peringkat jawatankuasa atau bacaan kali ketiga nanti.

"Kita telah buat keputusan untuk minta belah bahagi

"Seandainya beberapa kementerian bercanggah dengan pendirian kita dalam pengurusan kerajaan baik, penyelewengan, soal dasar. Ini kita mula dari hari Isnin," katanya.

PH katanya, juga ingin penjelasan lebih terperinci mengenai pengumuman terbaru yang dibuat oleh menteri kewangan hari ini.

Hari ini, Zafrul mengumumkan beberapa perubahan, termasuk meluaskan pengeluaran Akaun 1 KWSP kepada semua pencarum yang terjejas pendapatan tahun ini.

Terdahulu, Umno turut menuntut perkara itu dan membayangkan akan menolak belanjawan jika ia tidak dipenuhi.

Zafrul turut mengumumkan bahawa peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan dikurangkan. Perinciannya akan dimaklumkan di peringkat jawatankuasa.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia mempunyai cukup majoriti di Dewan Rakyat, Anwar berkata: "Kita akan menyentuh soal itu bila tiba masanya (we will cross it at the right time)".





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Inilah dia Anwar. Cakap berbelit-belit. Sesuailah kalau nak jadi Presiden India.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ni mmg. ada darah PARIAH pun, itu yg. si anwar HOMO JIJIK ni punya dok menJILAT hanyir Pariah2 anti- ISLAM/MELAYU dr DAP Parasit/PKR homo!!

      Padam
  2. anwar HOMO JIJIK ni & geng rejim PH Parasit ZIONIS dia ni - mmg. berDRAMA keji habis!

    Sdgkan depa dok berSORAK dgn. PERANGKAP pd. KERAJAAN PN ni!

    Bukan kita RAKYAT Bumiputera-PENYOKONG PN nak BELANJAWAN ni diGAGALkan - tapi MENTERI KEWANGAN liberal ni, cepat buat PINDAAN pd. KETIDAKADILAN terhdp. ISLAM/UMATnya & bangsa BUMIPUTERA kita ni!!

    Lihat di - https://malaysiagazette.com/2020/11/26/wira-putra-tidak-puas-hati-peruntukan-sjkc-naik-sekolah-agama-dikurangkan/

    NOTA: Tapi, AWAS, putra ni pun DALANG DUA MUKA-si PENJILAT DIKTATOR mahathir PARIAH kerala tu!!

    BalasPadam
  3. Ok la PH sokong belanjawan ikut titah agong. Bygkan kalo PH tolak, mesti dah terpekik terlolong anjing2 pAs ckp PH derhaka pd agong.
    Skrg PH sokong titah Agong sokong belanjawan kena maki, kalo PH tolak pn kena maki. Gila betul penganut2 Pas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. WAHAI ANJING KURAP...SIAPA YANG MAKI SIAPA..SIAPA MAKAN CILI DIA RASA PEDAS..KONSEP MENANG TANPA BERTANDING samada dalam pemilihan calon/jawatan/sukan dsbgainya telah diterima pakai seluruh dunia.Muhyidin jika bukan kerana menang tanpa bertanding boleh juga diiktiraf kerajaan YDPA.JADI jangan nak putarbelit sebagai MUNAFIKUNN/PEMFITNAH. TAHNIAH KAMU SAHKAN SEBAGAI PEMUJA DAPIGS TOKONG KHINZIR

      Padam
    2. sama juga kerajaan bagi bantuan SALAH dan dbantah...tak bagi pun SALAH...kata zalim jaga perut sendiri xdak Prihatin...GILA BETUL PENYEMBAH2 TOKONG DAPIGS.

      Padam