Header Ads

Header ADS

Anwar kritik Belanjawan katanya Belajawan tidak mampu pulihkan ekonomi dan bela yang miskin


PETALING JAYA:
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyelar kerajaan kerana gagal membentangkan belanjawan yang mampu membela golongan miskin atau berupaya memulihkan ekonomi negara.

Beliau berkata usul menghulur bayaran sekali beri RM500 kepada golongan tertentu bukan ubat untuk penderitaan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Belanjawan 2021 juga ketandusan strategi untuk membela mereka yang kehilangan pekerjaan serta gagal menangani masalah pengangguran yang ketara, kata beliau yang juga bekas menteri kewangan.

“Bayaran sekali RM500 bukan jawapan… kami juga telah menuntut moratorium pembayaran balik pinjaman bank keseluruhan tetapi menteri kewangan lebih mengutamakan kepentingan bank dan bukannya peminjam mahu pun ekonomi negara,” kata Anwar.

Anwar berkata beberapa unjuran dalam Belanjawan 2021 membimbangkan, termasuk pendapatan kerajaan menerusi cukai pendapatan dan cukai korporat dijangka berkurangan hanya sebanyak RM4 bilion berbanding 2019.

“Amat sukar menerima unjuran sebegini sebab begitu banyak perniagaan kini hampir bankrap atau menanggung kerugiaan. Hanya segelintir syarikat seperti Top Glove yang meraih keuntungan,” kata beliau.

Anwar juga menuntut penjelasan kenapa Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia diperuntukan RM80 juta manakala golongan miskin dan orang kurang upaya diberikan jumlah jauh lebih kecil.

Beliau menegaskan keperluan Putrajay lebih telus dan memberikan butiran terperinci mengenai usul-usul belanjawan yang dibentangkan hari ini.

Pembangkang, katanya, akan membangkitkan isu-isu berkenaan apabila Belanjawan 2021 dibahaskan mulai Isnin depan.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Cakap senang. Waktu kau memerintah , kau potong semua. Aku punya alaun kritikal pun kau potong. Sib baik aku dapat cabut oversea. Celaka punya manusia. Lebih buruk daripada babi. Siapa yang masih sokong PH memang Bahlol.

    BalasPadam
  2. pandangan seorang rakyat antara dulu( menjadi mimpi ngeri) dan yang diharapkan(sekarang)
    sama2lah kita renongkan dijadi iktibar, lebih2 lagi mp2 parlimen:


    AnonymousAnonymous said...(Komen dalam blog ini)
    22 bulan bajet vs bajet 8 bulan

    Bajet 2020 bajet kerajaan Melayu Islam. Rakyat tahu dan merasai bagaimana pemerintahan PH selama 22 bulan.

    Sebab Itu sebab takde seorang pun yang berguling guling, terjerit jerit di jalan raya memberontak akan kejatuhan kerajaan PH.

    Hari ini, kepada MP Melayu/Islam mempunyai ruang seluas membuktikan kerajaan PH dahulu adalah kerajaan tunggangngan DAP.

    Kerajaan PH sebagai kerajaan yang rasis, membelakang kan Perlembagaan dan tidak peka kepada sosio budaya dan adat resam negara.


    Dulu, selama 22 bulan kerajaan PH mentadbir kerajaan macam macam rakyat dapat.

    1. Hantar Tun Daim ke China dengan segera untuk ubah isi kandungan ECRL dari taraf First Class jadi taraf 3rd Class yang walaupun harga diturunkan tetapi tidak setimpal dengan yang sebelumnya.

    2. Malah ada kroni sudah patut didakwa melakukan insiders trading sebab membeli awal saham berkaitan ECRL. Tun, Daim dan kroni dalam Council of Eminent Persons (CEP) berebut habuan.

    3. Rencana blueprint kilang kereta nasional ke-3 sama seperti Proton awal-awal dengan penguasaan syarikat kroni kerana Proton tidak lagi dikawal oleh kerajaan.

    4. Rencana kroni ambil alih PLUS dengan tawaran berbillion (kroni sama seperti Perwaja yang akhirnya dapat bailout daripada Kerajaan) tetapi tidak dipersetujui oleh Kementerian Kewangan (DAP) sebab mereka juga mahu kuasai pulangan.

    5. Kontrak Opcom - Hari ke 5 dilantik jadi PM Boboi dapat ratus juta kontrak Opcom

    6. Tender berbilion fiberoptic pada OPCOM dan stimulus package.

    7. Rancang airport baru

    8. Projek Bandar Malaysia diberi kepada pemaju kroni.

    9. Jarah wang Petronas 82 Biliion.

    10. Hutang baru 120 bilion dalam masa 22 bulan
    10 GST tukar kepada SST dengan negara menerima kurang pendapatan dan peniaga mudah untuk lari dari membayar cukai.

    11. Runding 101 projek direct-nego dan tukar penerima dan syarikat kepada kroni kerana mereka daripada zaman BN

    12. Harta Tabung Haji dilelong murah.

    13. Kedai Roti dibailout.

    14. Sebagai ganjaran bailout kedai roti the loft, Taikun Cina ini dapat projek Bandar Malaysia ratus juta. Hebattt..!!



    Untuk Rakyat:

    1. Jangan iri hati kepada org kaya.

    2. Jangan asyik minta bantuan kerajaan. Rakyat kena Ikat perut.

    3. Setiap hari zikir wajib 'salahkan Dato' Sri Najib dan UMNO'.

    4. 7 juta penerima BR1M ditukar kepada BSH dengan hanya 4 juta penerima dan pemberian dikurangkan.

    5. Pembuangan kerja 40,000 kakitangan awam dan kontrak

    6. MoF Lim Guan Eng umum beri duit percuma utk berbelanja RM30.00 sahaja

    7. Janji harga minyak turun RM1.50 dicapati. "Hari pertama ke Putar Jaya esok serta merta harga minyak turunnn.." Saya ulanggg...

    betul apa yang dikatakan olih JUKA apa yang dia buat selama 22 hari bulan semasa ph memerentah( pasti dia akan kata 'jangan ceroboh hak peribadi aku', samalah kita renong, sama perbuatannya seperti cerita sekelumpok orang( gila kuasa) terhadap sang ayah dan anak bersama kerdainya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Encik , bila ramai doktor nak resign , mulalah depa panik. Minta semak semula. Tapi saya cabut jugak. Cerita ni kita doktor aje tahu. Betapa celakanya pemerintahan PH.

      Padam
  3. Saya setuju 200 peratus dengan SUARAKU. PH 22 bulan tarik duit orang miskin, PN 8 bulan beri kebajikan lebih kepada rakyat. Sangat berbeza langit dengan bumi antara PH 22 dengan PN8. Hanya yang bodoh dan sedia diperbodonhkan sahaja rela kena kencing.
    PH 22 bulan beri bonus RM500 kepada kakitangan. PN 8 bulan tahun 2020 beri Rm500 + RM500 + RM600 kepada kakitangan kerajaan.!!!!!

    BalasPadam
  4. Catatan sejarah selepas merdeka, Kerajaan PN 8 bulan beri bonus kepada kakitangan kerajaan sebanyak 3 kali dalam satu tahun

    BalasPadam
  5. Bajet Abam lebih WOW dgn Agong sekali dia nak lebong

    BalasPadam
  6. Bang non setakat sembang kari...tenggok apa bajet di penang dan selangor..apa yang rakyat dapat?

    BalasPadam
  7. DSAI kalau bercakap ikut sedap mulut aje...penuh dengan FUTUREISTIK dan FANTASI ...pelajar2 yang ikut dia DEMOSTRASI PELAJAR yang kena BUANG dari KOLEJ dan UNIVERSITI ada X DSAI ambil tahu selama ini ???...rumah pun dah macam ISTANA...apa cerita penjilat2 TEGAR PKR dan PH ???...

    BalasPadam
  8. Tolong jangan kata apa2 kpd bakal Pm dulu dan kini.Dia serba tahu,dia serba pandai.Sebab tu banyak kali PRK kerana dia.Sila masuk muzium la.habihkn boreh jer

    BalasPadam
  9. HAPUSKAN DAP,PKR,AMANAH DAN PEJUANG DI PRU 15..TIADA LAGI PERJALANAN SELESA UNTUK KEMBALI KE PUTRAJAYA BUAT 4 PARTI HAPRAK..

    BalasPadam
  10. Bila penyakit menyerang..,tiada apa lagi yg diharapkan selain dari utk semvuh dari segala penyakit, pastikqn wabak tdk kagi nenyerang rakyat, usahakan walau berhabis berbilion...ekonomi tak boleh pulih selagi rakyat dilanda penyakit...selepaspulih, teruskan langkah ekonomi membena rakyat dan negara...
    Usah cari tempang org. ,Dulu dimasa kuasa ditangan kenapa tak bela rakyat bangsa Agama..? Rakyat tdk nerasakan apa2 perubahan dimasa PH jadi kerajaan, langsung tak sampai kebawah, kerakyat jelata...
    Yg nampak pemimpin dap, pkr spt ramasamy, jelutug penang, anak12 karpql singh Yg naik tocang, saolah mereka yg hebat...isu Agama Islam pun dah mula mereka berani langgar, pertikaikan...umat melayu Islam tak bokeh lagi bertolak ansur..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.