Header Ads

Header ADS

Anwar nak apa sebenarnya?


Teringat Kisah Luqman Al-Hakim, Si Anak Dan Keldai

Dalam mendidik anaknya untuk berhadapan dengan masyarakat dan pandangan manusia, Luqman al Hakim turut membawa anaknya dan keldai ke pasar tempat orang ramai. Oleh kerana jarak yang jauh antara pasar dan kawasan 4 perkampungan, mereka pergi ke pasar dengan membawa seekor keldai sebagai binatang tunggangan dan bertujuan untuk membawa barang keperluan yang bakal dibeli. 
 

1. Kampung pertama (Anak Naik Keldai dan Si Ayah Jalan Kaki).

Dialog orang yang melihat.

“Mengapa kanak-kanak itu yang menunggang keldai dan membiarkan bapanya berjalan kaki? Kenapa tidak ayahnya yang menunggang? Oh, sungguh biadap dan tercela anak itu, orang tua dibiarkan berjalan kaki, dia pula bersenang lenang di atas keldai! Ini menunjukkan sikap anak derhaka dan tidak pandai menghormati orang tua. Tidak pernahkah dia sedar ayahnya yang selama ini memberikan makan dan minum kepada dia?”

2.Kampung kedua( Si Ayah naik keldai, Si Anak jalan kaki)

Dialog orang yang melihat.

“Mengapakah bapa yang menunggang, sedangkan si anak dibiarkan berjalan kaki menarik keldai? Anak itu masih kecil lagi, tentu kepenatan sepanjang perjalanan. Sibapa lebih besar daripada kanak-kanak itu dan sepatutnya sianak yang menunggang keldai tersebut. Bapa yang tidak berhati perut!”

3.Kampung ketiga ( Si Ayah dan Anak Naik Keldai)

Dialog orang melihat.

“Lihat!, Seekor keldai membawa dua orang!, Alangkah siksanya keldai itu membawa beban berganda!”
Mereka berkata kepada Luqman dan anaknya. “Tidakkah kamu berdua kasihan kepada keldai itu. Sudahlah berjalan pun tidak larat, inikan pula ingin membawa kamu berdua!”

4.Kampung keempat ( Si Ayah dan si Anak tidak menaiki Keldai)

Dialog orang melihat.

“Alangkah anehnya, keldai dibiarkan tidak ditunggangi, tuannya pula berjalan kaki saja, ada kemudahan tidak digunakan, tidak pandai menggunakan nikmat yang sedia ada!”

5.Tiba Pasar ( Si Ayah dan Si Anak Pikul keldai )

Dialog orang melihat.

“Ah, gila, tidak masuk akal. Sepatutnya orang yang menunggang keldai. Bukan keldai dipikul mereka!”

KESIMPULAN

Sebelum pulang, Luqman al-Hakim berkata sesuatu kepada anaknya. “Wahai anakku, sekiranya kamu sentiasa melihat dan mengharap kepada pandangan manusia, tiada apa yang bakal berubah pada keadaannya.

Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Sikap manusia tidak akan berasa senang dan gembira dengan orang lain.Orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja dan sesiapa memahami kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu.”Yakinlah akan dirimu sendiri dan setelah dilaksanakan sebaiknya, maka bertawakallah kepada Allah SWT.”
MR: Nak jadi PM, dah giler jawatan lebih drp 20 tahun



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Anwar semua org dia marah tapi dok ketek dgn Atuk

    BalasPadam
  2. Layakah dia ni jd PM?..renung2kanlah wahai manusia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya layak jadi pemimpin keluarganya sahaja...

      Padam
  3. anuar nak jadi PM..,dah berpuluh tahun tetap tak lepas...apa sebabnya...muhasabah diri...
    apakah Tuhan tak benarkan anuar jadi PM...

    BalasPadam
  4. saya ULANG SAYA ULANGGGG nak jadi p em TIDAK DAPAT...tapi saya ULANGG saya jadi P EM NOMBOR2 saya MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.