Header Ads

ads header

Flash News

Azalina cadang 3 langkah atasi ketidakstabilan, pergolakan politik


PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said hari ini memaklumkan akan membawa 3 langkah dan cadangan segera kepada kerajaan dalam sesi Parlimen ini bagi memastikan negara tidak lagi berhadapan dengan ketidakstabilan politik dan pergolakan.

Azalina berkata, 3 cadangan akan dibawa ialah mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti, membentangkan usul mengawal selia parti politik dalam gabungan kerajaan serta mewajibkan mereka menyertai dan mendaftarkan perjanjian dasar dan agenda kerajaan secara bertulis.

“Langkah ketiga adalah memeterai dan membentangkan RUU yang hampir sama sebagaimana “Fixed-term Parliaments Act 2011 (FTPA)” di United Kingdom,” katanya dalam kenyataan di blognya, hari ini.

Timbalan yang di-pertua Dewan Rakyat itu juga berkata, di bawah FTPA, undi tidak percaya mesti dinyatakan secara spesifik untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.

“Ini bermakna, kekalahan blok kerajaan dalam belanjawan tidak semestinya menjatuhkan kerajaan. Walaupun mungkin ia selepas itu akan hadapi usul undi tidak percaya kerana keupayaan untuk menguasai Dewan Rakyat akan dipersoal,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan ketidaktentuan politik pada masa ini dan usul undi tidak percaya serta undi percaya mungkin akan dibawa, maka satu-satunya cara yang munasabah untuk kembali kepada keadaan politik yang lebih baik ialah menimbangkan untuk mengembalikan mandat rakyat.

“Iaitu dengan meminta Parlimen dibubarkan bagi membuka jalan kepada pelaksanaan pilihan raya umum.

“Dalam hal ini, saya suarakan gesaan presiden Umno supaya semua parti politik ketepikan perbezaan demi rakyat dan terus bersatu supaya mandat itu dikembalikan kepada rakyat,” katanya.

Azalina berkata, sehingga ke hari ini, sebanyak 13 buah negara sudah melaksanakan pilihan raya umum ketika pandemik Covid-19 masih menular, antaranya negara jiran, iaitu Singapura.

“Mungkin, apabila keseimbangan politik dipulihkan dan perlindungnan yang dicadangkan itu dilaksanakan, barulah ahli politik boleh mengalihkan fokus mereka kepada apa yang sepatutnya dilakukan apabila mendapat kuasa, iaitu mentadbir dengan penuh tanggungjawab,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Sebenar nya kerajaan sekarang ok. ok aja...yang masallah. ya..banyak orang umno yang ada saka...

    BalasPadam
  2. Parti minoriti jadi PM..takpe le sbb majoriti dah sokong...tapi mereka ni punya lagak mcm mereka yg banyak menang kerusi...diperlekehkan parti yg lagi banyak menang kerusi yg menyokong dorang hinggakan presiden yg menang sedikit kerusi tu boleh jadi PM...jawatan jawatan paling utama pun dipenuhi makhluk makhluk dari parti minoriti ni...lagi nak tunjuk lagak...pru nanti jangan le sekutu dgn parti minoriti ni...abis semua kerusi kita dia hendak nanti...

    BalasPadam