Header Ads

ads header

Flash News

Bayaran ‘one-off’ kepada B40 relevan ketika ekonomi meleset, pandemik, kata pakar


PETALING JAYA:
Pakar ekonomi berpandangan bayaran “one-off” kepada rakyat terutama golongan B40 yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 hari ini sangat relevan walaupun untuk jangka pendek.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, rakyat amat memerlukan bantuan kerajaan lebih-lebih lagi dalam menghadapi pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi.

“Sifatnya lebih kepada keperluan jangka pendek. Apabila berlaku Covid-19 keperluannya semakin penting kerana terdapat golongan yang hilang pekerjaan dan pendapatan,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas bantuan “one-off” termasuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) diumumkan kerajaan hari ini.

Afzanizam berkata, peranan bayaran itu bertujuan untuk meringankan beban golongan B40 dan segelintir yang berpendapatan sederhana (M40).

Katanya, BPR kali ini memberi skop lebih meluas berikutan jumlah penerimanya 8.1 juta orang berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu 4.3 juta orang.

“Mungkin sebelum ini seseorang itu dalam kategori M40, sekarang sudah menjadi B40.

“Justeru bantuan ‘one-off’ bersifat jangka pendek terutama ketika kemelesetan ekonomi sedang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, bayaran “one off” kepada penjawat awam dan barisan hadapan pula untuk memberi mereka semangat kerana tugas dihadapi amat berisiko dan banyak menggunakan tenaga.

“Justeru, bayaran ‘one-off’ merupakan suatu bentuk pengiktirafan dan sokongan kepada mereka,” katanya.

Kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian “one-off” RM500 sebagai menghargai jasa anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkannya dalam Belanjawan 2021 hari ini.

Pemberian BPR itu dijangka memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion sebelum ini bawah BSH.

Selain itu, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600 kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah pada awal 2021.

Tengku Zafrul berkata, pesara kerajaan dan veteren tidak berpencen juga akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM300 yang turut dibayar awal 2021.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan