Header Ads

ads header

Flash News

'Biar mati berdiri daripada hidup melutut' kata Mukhriz


Setelah Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 diluluskan di peringkat dasar menerusi undian suara di Dewan Rakyat tadi dan tidak ke peringkat undi belah bahagi, Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir menitipkan ciapan ringkas di Twitternya.

“Biar mati berdiri, daripada hidup melutut,” ciapnya penuh berkias.

Ia dipercayai merujuk kepada hanya 13 ahli Parlimen yang bangun menyokong undian belah bahagi untuk Belanjawan 2021.

Bilangan itu kurang dua orang untuk mencukupkan sokongan agar proses itu diadakan. Mukhriz yang merupakan presiden penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) adalah salah seorang daripada mereka.

Permintaan undi belah bahagi dimulakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena dari Amanah, Mahfuz Omar.

Setelah kritikan terhadap Belanjawan 2021, termasuk ketika sesi perbahasan, langkah ahli Parlimen pembangkang untuk tidak menggesa undi belah bahagi menjadi tanda tanya. Malah langkah itu sudah mula dikritik di media sosial.

Pagi tadi, Ahli Parlimen Subang Wong Chen memberi bayangan tentang khabar angin bahawa ada ahli parlimen pembangkang telah dipujuk untuk menyokong Belanjawan 2021 dengan menawarkan sumber dan peruntukan.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Kalu kau mati pun, rakyat buat kenduri kesyukuran... Sudah-sudahlah berpolitik utk poket sendiri... Fikir pula rakyat yg susah

    BalasPadam
  2. Anak beranak sama je lepas ni jadi rakyat biasa lah rakyat akan sokong kau lagi

    BalasPadam
  3. jOM RAKYAT Malaysia tengok dia mati berdiri atau melutut...wpun ada yg tersirat

    BalasPadam
  4. anak beranak gila kuasa...pelik nya kenapa SPRM tidak siasat mukhriz ni...kaya nya lain macam....sprm tolong la siasat..kehendak rakyat ni

    BalasPadam