Header Ads

ads header

Flash News

Bila kerajaan Pusat tidak menindas kerajaan negeri, akhirnya air bersih mengiringi air mata (bersama video)

Berulang-alik menaiki motosikal sejauh 300 meter dari rumah setiap hari selama bertahun-tahun, dapat difahami apabila orang kampung sampai menitiskan air mata selepas mendapat bekalan air bersih di rumah sendiri.

Mendakwa hampir separuh daripada usianya dihabiskan untuk mengangkut air bersih untuk kegunaan keluarga, Ismail Hamat, 67, berkata kini dia dan keluarganya boleh mandi lebih daripada sekali sehari.


Sebelum ini, katanya, mereka sentiasa 'sayang' untuk menggunakan air bersih yang diambil atau dibeli untuk keperluan seperti memasak dan minuman.

"Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami sebaik melihat air bersih keluar dari paip, dan disebabkan terlalu teruja, saya berkumur beberapa kali dan membasuh muka kerana ia tidak lagi masin serta payau seperti air telaga tiub sebelum ini," katanya seperti dipetik Harian Metro hari ini.

Menurut portal berita itu kira-kira 150 penduduk Kampung Tok Puchong di Kota Bharu menerima bekalan air bersih buat pertama kali sejak lebih 30 tahun lalu.

Ia berlaku apabila Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mula menyalurkan bekalan berkenaan ke sembilan kediaman di situ sebagai permulaan.

Kemudahan itu dilaporkan membuat penduduk kampung terbabit sangat teruja melihat air bersih keluar dari paip di luar dan dalam rumah. Sebelum ini mereka dikatakan terpaksa membeli air bersih untuk kegunaan harian.

Sebahagian daripada mereka mendapatkan air bersih dari surau atau masjid di kawasan sekitar, manakala yang lain membina telaga tiub dan menggunakan air yang agak berbau, masin dan payau.

Ismail berkata dengan adanya air bersih itu pinggan mangkuk mereka sekeluarga tidak lagi berkarat, manakala pakaian juga bersih tanpa warna kekuningan.

Dia yang turut membesarkan dua anak istimewa berusia 31 dan 39 tahun - masing-masing menghadapi masalah mental dan terlantar akibat diserang strok haba - berkata kesukaran mendapatkan air bersih sebelum ini akan dirasa lebih perit jika musim hujan atau Ramadan.

"Hampir separuh daripada usia saya dihabiskan dengan mengangkut air dan banyak wang dihabiskan untuk itu, malah anak cucu juga jarang melawat disebabkan masalah air dan tidak mahu membebankan kami," katanya.

Menurut laporan berkenaan, sebuah NGO Cempaka Merah Asnaf Society banyak membantu penduduk kampung terbabit menyelesaikan masalah bekalan air bersih tersebut.

MR : Pasal tu PAS mengambil sikap perkukuhkan MN dan pertahankan PN Keprntingan rakyat harus juga dilihat disamping kepentingan politik



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. 30 tahun tu parti mana jaga pusat zalimi rakyat kelantan cuba tanya,,jadi umno sedar diri dosa2 umno pada rakyat kelantan cukup besar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dipersilakan Tun Mahathir dan DSAI jawab soalan dari rakyat marhaen masa dibawah KEKUASAANNYA...pada macai2 TUN dan DSAI apa cerita..???..😁

      Padam