Header Ads

ads header

Flash News

BN sokong Belanjawan 2021 dengan bersyarat – Najib


KUALA LUMPUR –
Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) membuat pendirian sokongan mereka ke atas Belanjawan 2021 adalah secara bersyarat.

Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers (BN), Datuk Seri Najib Razak berkata, syarat itu adalah kerajaan perlu meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off dan moratorium dilanjutkan hingga Jun 2021.

“Saya hendak kata bajet ini dibuat dalam masa yang luar biasa. Dan kalau hendak pinda, ia wajar dilalukan kerana dalam keadaan luar biasa.

“Dalam hal ini pendirian BN seperti yang disuarakan Bagan Datuk (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), kita hendak pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 secara one-off dan moratorium dilanjutkan hingga jun 2021 diluluskan oleh kerajaan.

“Sokongan dan rakan-rakan dalam bajet ini tertakluk kepada kedua-dua perkara ini.

“Jadi, sokongan kita kepada bajet ini Yang Di-Pertua adalah bersyarat,” katanya katanya perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN memaklumkan beliau telah mengutus surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menzahirkan beberapa perkara menjelang Belanjawan 2021.

Antara perkata itu adalah ahli-ahli Parlimen BN bersetuju supaya kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh moratorium untuk tempoh enam bulan atau sebahagian daripadanya untuk mereka yang berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40.

Jelasnya, ia juga meluluskan untuk pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 KWSP bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tertentu. – MalaysiaGazette




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: