Header Ads

ads header

Flash News

BN Ugut Zafrul (baca PN) sehingga Khamis ini untuk terima 2 syarat


Anggota Parlimen BN konsisten menyokong Belanjawan 2021 yang dijangka melalui proses undian pada Khamis ini hanya jika dua permohonan utama gabungan itu diluluskan.

Malah, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mempunyai masa sehingga Khamis ini untuk mempertimbangan permohonan tersebut.

“(Belanjawan 2021) juga dibincangkan dan mengenai Belanjawan tentunya kita masih lagi menyatakan bahawa kita menyokong belanjawan dan sokongan kita juga meminta agar dua permohonan utama akan diluluskan dan kita ada sehingga Khamis ini untuk pertimbangan menteri kewangan,” katanya kepada pemberita di lobi Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Maslan tidak menyebut perincian dua permohonan utama BN itu.

Bagaimanapun Ahmad Maslan dipercayai merujuk kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong BN Najib Razak yang berulang kali menegaskan, BN hanya akan menyokong belanjawan sekiranya terdapat lanjutan moratorium pinjaman dan kebenaran individu mengeluarkan sehingga RM10,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Terdahulu hari ini, Ahmad yang juga anggota parlimen Pontian hadir dalam mesyuarat menteri-menteri BN bersama Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bermula sekitar jam 5 petang.

Mesyuarat yang berlangsung sehingga malam ini menjadi perhatian di saat ada anggota parlimen Umno yang tidak berpuas hati dengan belanjawan.

Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini dilaporkan berkata anggota parlimen patut diberi kebebasan sama ada untuk menyokong, menolak atau berkecuali ketika undian nanti, berbeza dengan undian berdasarkan parti yang menjadi kelaziman.

Selain itu, mesyuarat malam ini juga berlangsung pada saat berlakunya perselisihan dalam Umno apabila beberapa pemimpin parti menyerang Annuar Musa dalam soal hubungan antara parti itu dengan Bersatu.

Antaranya, Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed yang menempelak Annuar semalam, berkata akar umbi Umno sudah muak dengan MP Ketereh yang seolah telah menjadi seperti jurucakap Bersatu.


Agak janggal juga apabila Ahmad Maslan membuat pengumuman hari ini bagi pihak BN, walaupun Annuar merupakan setiausaha agung BN.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Maslan juga berkata mesyuarat Majlis Presiden BN hari ini memutuskan menteri-menteri BN perlu mengadakan pertemuan empat mata bersama presiden Umno setiap dua minggu sekali.

"Kita akan mengadakan mesyuarat bersama menteri dan presiden ini dua minggu sekali, dan itu adalah keputusan yang dibuat sebentar tadi bahawa setiap dua minggu sekali menteri dan presiden dan saya akan bertemu dengan menteri menteri BN untuk kita berbincang tentang dasar-dasar kerajaan yang boleh diberikan input oleh parti parti kepada menteri BN," katanya.

MR : BN rasa konfiden boleh memerintah jika ada PRU-15 mengejut? Mereka fikir rakyat akan menyokong. Mereka fikir rakyat tak meluat dengan politik mengugut dan kecelaruan dasar pada UMNO. Pemimpin yang masih tamak kuasa dan jawatan?



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



12 ulasan:

  1. Kenapa wujudnya ugut mengngugut yg boleh menimbulkan kecelaruan dikalangan rakyat. Berbincanglah bg mencapai kata sepakat. Masing2 nak tunjuk hebat kerana ego masih menebal. Puak2 inilah yg dikatakan menyokong anwar secara diam2. Puak2 ini wajar ditolak dlm pilihanraya akan datang kerana hipokrit

    BalasPadam
  2. Depa ni semua memang sial xda jawatan ugut org ada jawatan tipu rakyat makan duit haram

    BalasPadam
  3. Yg UMNO mintak pun bukan permintaan bukan2.. ramai yg tgh terjejas dgn masalah kewangan ketika pandemik covid19 ni.. bukan mintak duit kerajaan pun.. mintak duit sendiri yg simpan dalam KWSP.. nak guna waktu susah ni.. Bersatu kenelah berlapang dada terima cadangan UMNO tu.. jgn ingat idea bersatu je yg bagus.. pembangkang pun mengharap cadangan mereka diterima.. semua tu utk rakyat.. kalau dah keras kepala memang patut kene ugut.. depan rakyat kemain cakap nak bantu dan santuni rakyat.. kat belakang rakyat rupanya nak berpolitik jugak lagi Bersatu ni..

    BalasPadam
  4. Bukan ugut tapi menyampaikan kehendak rakyat...UMNO nak supaya kehendak rakyat didengari oleh menteri wang dan PM..JADI KENA CAKAP KERAS SIKITLAH...KALAU ITU FINAMAKAN UGUT..IA TERSERSH .TAK LAMA 2 HARI JE LAGI...MENTERI WANG PM PUN KENADENGSR KEHENDAK PENYOKONG JUGA.TSK LIBAT DUIT KERAJAAN PUN..KWSP DAN MORITORIUM..BANK..BUKAN DUIT KERAJSAN PUN..APA YG BUAT MENTERI WANG PM SUDSH SaNGaT NAK setuju .ok

    BalasPadam
  5. Senang cerita ke ujudan umno ni takde beza dengan ph menyusahkan negara dan rakyat

    BalasPadam
  6. Apepon aku sokong utk pncarum kwsp dpt kluarkan rm10k dlm keadaan yg rumit skrg ni..bagusla mp2 yg ttp mlawan kerajaan utk pkara2 ni..xkira la niat diorg utk politaik atau bnar2 utk tlg rkyat..jnji rm10k pncarum dpt itu je..porah

    BalasPadam
  7. ..jangan ada udang disebalik mee...

    BalasPadam
  8. Mintak lanjutan moratorium sm kuar akaun 1 10k. Bukan ugut mintak habuan/jawatan dlm kerajaan. Yg pelik ramai plk penyokong PN bantah cadangan ni. Gila betul!

    BalasPadam
  9. Amno akan hilang undi dari rakyat, bermula undi aku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woi bkn kmpg ko pangkah roket babi ke
      Termasok ko babi....
      Puihhhh

      Padam
  10. UMNO bukan mengugut atau racun ini keluhan dari pencarum KWSP yang terjejas disebab covid 19 hilang mata pencarian, sekiranya KWSP dapat dikeluarkan sekurang dapat menampung pembelajaan makan, bayar hutang rumah dan kenderaan.
    Mengapa harus disekat hak pencarum dalam kesusahan, mereka bukan berjawatan menteri beralaun belas ribu atau puluh ribu ringgit atau gaji tetap, pekerja biasa buruh cuma kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
    Kami tak minta gaji atau aluan kau orang.

    BalasPadam
  11. Semua bakal banduan main ugut²skrg.. klu raayat yg mnrm akibat drpd tindakan bodoh dr muka mangkuk² jamban dr umno mnolak bajet kamis ini maka sedia lh trm hakikat.. umno d bakul sampahkn oleh ahli....tindakan mangkuk²jambam umno ini bkn mnolong raayat ttp mnyusahkn raayat jika bajet ini d tolak..sdh²bpolitik sampah tu

    BalasPadam