Header Ads

ads header

Flash News

Cadangan Mat Hasan elak PRK Batu Sapi tak munasabah, kata Armada


Seorang pemimpin Pemuda Bersatu (Armada) menyifatkan cadangan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan agar semua parti memberi laluan kepada Warisan mengekalkan kerusi parlimen Batu Sapi sebagai "tidak munasabah."

Pengerusi Biro Perundangan Armada Malaysia, Mohamad Siddiq Mohamad Azani, berkata pengisytiharaan darurat merupakan satu-satunya langkah selamat untuk mengelakkan pilihan raya kecil (PRK) itu diadakan.

"Kenyataan timbalan presiden Umno mengenai keperluan darurat bagi mengelakkan PRK Batu Sapi adalah terjurus dari satu sudut pandang sahaja.

"Ini kerana sekalipun BN atau PN tidak meletakkan calon pada PRK Batu Sapi kali ini, ia tidak menghalang calon-calon bebas dan parti-parti tempatan lain yang ada di Sabah untuk meletakkan calon mereka.

"Sekiranya ini berlaku, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada pilihan lain melainkan terpaksa meneruskan proses pilihan raya merangkumi tempoh berkempen sehinggalah hari membuang undi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia berkata demikian sebagai mengulas pandangan Mohamad semalam bahawa (PRK) Batu Sapi tidak perlu diadakan sekiranya semua parti mengambil keputusan tidak bertanding dan memberi laluan kepada Warisan memenangi kerusi itu.

Mohamad Siddiq (gambar) berkata yang lebih membimbangkan untuk mengadakan PRK adalah keselamatan dan kesihatan keseluruhan penduduk di Batu Sapi dan para petugas SPR yang akan terdedah kepada risiko penularan jangkitan wabak Covid-19.

"Kebimbangan petugas-petugas SPR ini bukanlah rekaan. Mereka akan terdedah kepada risiko jangkitan wabak ini sekiranya pilihan raya diadakan.

"Pada 2 Okt lalu, SPR mengesahkan tiga orang petugasnya di PRN Sabah telah dijangkiti virus Covid-19.

"Ini merupakan antara faktor mengapa pengisytiharaan darurat merupakan satu-satunya langkah selamat untuk mengelakkan pilihan raya diadakan," katanya.

Menurut Mohamad Siddiq berdasarkan Perkara 54 dan 55 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari selepas dewan dibubarkan atau berlaku kekosongan kerusi luar jangka.

"Atas kehendak undang-undang, pilihan raya ini tidak boleh ditangguhkan melainkan dengan pengisytiharaan darurat sahaja," tambahnya lagi.

MR : Bersatu ada peluang rampas itu sebab liat nak berikan laluan kepada Warisan  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kalau DAP buat camni dah lama dah geng2 melayu totok ni meroyan.. memaki.. tak hormat YDPA langsung Bersatu ni.. Baginda dah tolak darurat dah la.. sibuk nak kempen lagi darurat.. sibuk lagi nak berpolitik.. biarkan Warisan je Bertanding.. lepas tu biar individu atau puak2 kecik yg tak sporting ni bertanding.. parti2 besar lain jgn bertanding.. automatik masa tu Warisan tak payah kempen.. biar je puak2 kecik ni kempen.. tak kisah sgt pun sbb sokongan mereka tak ramai.. Warian pasti menang.. paling penting SOP masa mengundi diperketatkan.. benda boleh pikir sengaja bodo taknak pikir.. barulah nampak Bersatu berlapang dada dan berkoraban demi covid19.. nak suruh pembangkang je bekorban susahlah... nama je melayu tapi perangai same je dgn cina2 yg anti YDPA ni... bagus keluar je dari Malaysia kalau tak boleh nak hormat raja2 melayu...

    BalasPadam
  2. Mamat baju merah lambang bunga tu memang Bodo..tk kena masa nk tonjolkan diri..perasan bagus

    BalasPadam