Header Ads

Header ADS

Dakwa Noor Hisham 'takut mati', Ahli Parlimen Bintulu mohon maaf


KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini memohon maaf atas keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

King Sing yang juga Duta Khas kepada Perdana Menteri ke China itu berkata, beliau tidak berniat dan terdetik untuk menafikan amalan mulia semua barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, para doktor dan jururawat.

"Bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar selain kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021.

"Langsung tidak terdetik untuk saya menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan.

"Saya tidak mahu kerana saya, selurh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Baru-baru ini, King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progesif (PDP) telah mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Dr Noor Hisham sebagai individu 'takut mati' kerana dianggap tidak serius dan turun padang dalam menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara terutama Sabah ketika ini.

Susulan kenyataan itu, beberapa Ahli Parlimen terutama pembangkang menuntut permohonan maaf susulan kenyataannya itu.

Bukan hanya pembangkang, salah seorang pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyelar kenyataan itu yang disifatkan satu yang tidak wajar, mengejutkan dan memalukan.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat turut menyifatkan kenyataan mempersoalkan Dr Noor Hisham tidak turun padang untuk melihat sendiri situasi COVID-19 dibuat King Sing sangat keterlaluan dan dilihat merendahkan pengorbanan penjawat awam yang bertungkus-lumus menyekat penularan COVID-19.

MR : Kalau awal-awal minta maaf lama selesai. Yang pembangkang macam tak ada isu lain besar perkara ini sedangkan ada banyak isu belanjawan rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. 😆😆😆 aku tengok rakaman singkat jer...sewaktu perbahasan mukadimah MP Bintulu bkn menyangkal tugas frontliner, cuma sedikit "marah atau kesal" DG tidak turun melawat Hospital2 yg bertungkus lumus bekerja, dgn poin dia turun beri semangat 😁
    Pastu Jelutong bangun "ganggu" perbahasan Bintulu...tanpa sebut point of order, atas kesalahan apa. Jelutong hanya minta ditarik balik kenyataan DG takut mati!!
    Ini poin Jelutong bangkit jadi Juara Rakyat agar cytro akan troll manipulasi fakta utk cipta satu poin baharu 👉🏻 PN goyah bergaduh sebilang masa (DAP main politik kotor)
    Tim Speaker tak boleh bercakap tak ada ruang beri penjelasan Utk buat ruling, apabila Puak2 sengal DAP bising dlm dewan. MP Bintulu drpd 14 minit membahas hampir 6 minit sahaja dia dapat berbahas 😂😂😂 thanks to Jelutong and cytro RBA anda mmg Juara Segala Juara 🤣🤣🤣
    Best tgok ramai yg bertelagah isu ini...tapi aku melihat daripada sudut pandangan luar drpd POLITIK, org sebut maksud lain hangpa faham dgn maksud lain, macam hitam, gelap tak nampak 🤭

    BalasPadam
  2. MP Bintulu kurang kasih sayang Yiden drp Duta China baik bg CEO PETRONAS atau Menteri HalEhwal Sabah Sarawak

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.