Header Ads

ads header

Flash News

Dakwaan sistem kesihatan negara serba kekurangan tak benar


Artikel yang diterbitkan oleh jurnal saintifik laman web Nature, yang menyifatkan rawatan kesihatan negara sebagai 'serba kekurangan’ adalah “pernyataan yang tidak tepat dan langsung tidak benar sama sekali”, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu artikel yang bertajuk ‘The scientist-gardener who is harnessing tobacco’s power to heal’, yang memetik kenyataan seorang pakar imunulogi molekul berpangkalan di London, Audrey Teh, yang mengaku sebagai rakyat Malaysia, yang mendakwa Malaysia tidak mempunyai sistem rawatan kesihatan negara dan "banyak keluarga yang ‘dimufliskan’ oleh bil perubatan yang tinggi”.

Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia mencapai perakuan Liputan Kesihatan Universal (UCH-universal health coverage) pada tahun 1990 menerusi peruntukan awam yang dibiayai cukai perkhidmatan rawatan kesihatan.

Menurutnya Malaysia menyediakan rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.

Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata pelbagai perkhidmatan menyeluruh diliputi, termasuk promosi kesihatan, pencegahan penyakit, perawatan dan rawatan pemulihan.

“Semua penduduk di Malaysia boleh mendapat akses kepada semua perkhidmatan ini dengan bayaran yang minimum, manakala perkhidmatan bagi penduduk yang memerlukan seperti yang miskin, kurang upaya dan warga emas, disediakan secara percuma.

“Ini mewujudkan jaringan keselamatan yang kukuh, memastikan bahawa tiada sesiapa yang dinafikan akses kepada rawatan kesihatan yang diperlukan, tanpa mengira keupayaan untuk membayarnya,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunai (WHO) juga terus memperakui bahawa Malaysia menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang berkualiti berdasarkan kepada sistem rawatan kesihatan yang baik, dan tenaga kerja yang cukup terlatih.

“Dengan perkhidmatan kesihatan awam yang disubsidi, kerajaan mengutip bayaran pengguna yang amat minimum,

“Dalam pelbagai aspek, peruntukan rawatan kesihatan awam, yang secara praktikalnya adalah percuma buat semua, dan dari satu sudut adalah menyamai dengan Perkhidmatan Kesihatan United Kingdom,” tambahnya.

#Sumber : - Bernama 
 





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Kalau nak samakan Malaysia dengan Britain , maka semua rakyat Malaysia kena bayar cukai 45 % daripada pendapatan untuk tampuk "Free , high Quality Universal Healthcare "

    Audrey Teh ni cina tak masuk akal. Nama aje immunologist tapi bodoh. Dia tak sedar yang dia bayar 45% gaji setiap bulan untuk bayar servis kesihatan. Kat Malaysia , Najib buat GST sahaja Cina semua melalak guling guling macam babi di jalan raya.
    Memang spesies cina babi perangai kat UK pun sama bodoh.

    BalasPadam