Header Ads

ads header

Flash News

Data 98 Juta Pengguna Muslim Pro Dilaporkan Dibeli Oleh Tentera A.S Bagi Tujuan Menentang Keganasan


Tahukah anda apa yang berlaku kepada data peribadi apabila menggunakan aplikasi telefon pintar dan melayari laman web? Skandal Cambridge Analytica menunjukkan bagaimana ia boleh digunakan untuk mengubah persepsi ketika pilihanraya diadakan. Tetapi ia kini mungkin boleh digunakan oleh pihak tentera untuk menjejak pergerakan anda.

Menurut laporan Motherboard pagi ini, Tentera Amerika Syarikat telah membeli data dari pelbagai aplikasi bagi tujuan menentang keganasan. Apa yang merisaukan lebih 98 juta data pengguna aplikasi popular Muslim Pro antara yang telah berjaya dibeli. Selain itu data lain yang dibeli adalah dari aplikasi Muslim Mingle, CPlus for Craigslist, Accupedo dan Global Storms.

MuslimPro

Pembelian data ini adalah merisaukan kerana ia dilihat boleh digunakan oleh pihak tentera A.S untuk menjejak data lokasi pengguna Muslim Pro yang pastinya beragama Islam. Data digunakan oleh aplikasi untuk memberikan waktu solat, lokasi kiblat dan ayat-ayat Al Quran.

Menurut Motherboard, data dibeli menerusi X-Mode dan Locate-X yang menerima data yang dijual pembangun pelbagai aplikasi peranti pintar. Jurucakap Komando Operasi Khas A.S, Navy Cmdr Tim Hawkin mengesahkan data dibeli bagi membantu keperluan operasi khas pihak tentera di luar negara. Beliau juga mengatakan prosedur serta polisi menjaga privasi, hak asasi dan undang-undang rakyat Amerika Syarikat akan dihormati selepas data dibeli.

Ini menimbulkan kegusaran data yang telah dibeli boleh digunakan untuk mencari sasaran serangan oleh pihak Tentera A.S untuk operasi mereka. Serangan menggunakan dron kerap dilakukan untuk “menentang keganasan” tetapi kerap kali tersasar sehingga mengakibatkan kematian ratusan orang awam seperti yang berlaku di Afghanistan dan Yaman.

Sehingga ini pihak Muslim Pro, Locate X dan X Mode masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai penjualan data pengguna kepada pihak tentera.

Sumber: Amanz

MR :  Satu Pengkhianatan terbesar oleh muslim pro.. langkah seterusnya uninstall walaupun dah terlambat





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Sebenarnya tentera pengganas Amerika telah menggunakan data lokasi dari pelbagai apps (yang telah dimuat turun oleh umat Islam) untuk mengesan lokasi orang Islam untuk dibunuh oleh dron Amerika dan pasukan penbunuh Amerika seperti CIA, Seals dll.

    Akibatnya berpuluh ribu umat Islam yang tidak bersalah termasuklah bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua Islam di Iraq, Yaman, Afghanistan dan Pakistan dll telah dibunuh oleh tentera pengganas Amerika dengan menggunakan data lokasi tersebut.

    BalasPadam