Header Ads

ads header

Flash News

Dewan Rakyat: Hari pertama sidang, provokasi sudah dimulakan oleh Hanipa


KUALA LUMPUR:
Tidak sampai tiga jam bersidang pada hari pertama, Dewan Rakyat sudah panas dengan pertikaman lidah antara Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan wakil rakyat pembangkang.

Ia bermula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan membentangkan usul bagi memendekkan tempoh persidangan hari ini.

Rentetan itu, M Karupaiya (PH - Padang Serai) tiba-tiba menyampuk ketika Azhar mengemukakan penjelasan berhubung penangguhan persidangan Dewan Rakyat, "kalau susah kita tukar kerajaanlah senang," katanya.

Azhar yang berang dengan kenyataan itu mempersoalkan hubung kait antara kenyataan Karupaiya dengan penjelasan mengenai penangguhan persidangan berkenaan.

"Apa pasal cakap macam itu? Apa kena-mengena dengan... kita ada usul 12(1) yang sepatutnya saya kemukakan masalah tanpa perbahasan," katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Hanipa Maidin (PH - Sepang) yang bangun mencelah mempersoalkan tindakan Azhar, "Speaker jangan jawab soalan bagi pihak menteri boleh tak?".

Azhar yang berang dengan tindakan itu kemudian menegaskan, "Siapa jawab?"

Mohamed Hanipa: Tadi Yang Berhormat ditanya itu (Takiyuddin), Yang Berhormat jawab.

Azhar: Saya beri penerangan kerana saya yang pengerusikan mesyuarat ini.

Mohamed Hanipa: 'Come on' la Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat), we are tired la (kami penatlah).

Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN - Sik): Duduklah Sepang (Mohamed Hanipa).

Perbahasan kemudian diteruskan dengan beberapa Ahli Parlimen lain memberikan pandangan mengenai usul berkenaan.

Usul dikemukakan Takiyuddin bagaimanapun lulus dengan sokongan suara terbanyak.

Dewan Rakyat hari ini hanya bersidang hingga jam 1 tengah hari susulan kebimbangan ada kakitangan Dewan Negara positif COVID-19.

#Sumber :  BH

MR :  Hanipa cari publisiti aje. Lihat kawasan dia apa dia buat? 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kalau bukan masalah bukan keling.

    BalasPadam
  2. dia tu ke yang berkata 'kalau aku jadi tuhan', memang betul kata khalid samad 'otak tak centre'

    BalasPadam