Header Ads

ads header

Flash News

Dr Maszlee tarik diri daripada Pejuang


KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menarik diri daripada Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti Pejuang (Pejuang).

Dalam kenyataan hari ini, beliau kini Ahli Parlimen Bebas.

---

Beliau berkata, tindakan tersebut diambil kerana ingin menumpukan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini khususnya di Simpang Renggam.

"Usaha dalam gerakan perubahan pendidikan akan diteruskan melalui kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Bebas serta menerusi ruang aktivitisme dan kerja-kerja kemanusiaan di bawah rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakan-rakan aktivis lain.

"Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan tetapi keinginan dan kesempatan," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, pelbagai persoalan timbul apabila kenyataan media dari parti Pejuang bertarikh 1 November dikeluarkan tanpa nama Maszlee dan hanya menyenaraikan nama empat Ahli Parlimen Bebas dari parti itu iaitu Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Dr Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan kehendak rakyat terbanyak.

"Saya yakin, rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis.

"Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang," katanya.

Tambah beliau, semua diminta berdoa agar pandemik Covid-19 ini segera reda dan menghilang, selain kehidupan rakyat kembali normal.

#Sumber :  BH/SH


MR : Dia ahli majlis syura IKRAM.. Apa pula strategi IKRAM entahlah  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Sebelum tertubuhnys pejuang. Saya dah komen puak puak ikram ni tak boleh dipercayai. Mereka tak jujur dlm bersahabat. Mereka hanya mementingkan krlompoknya mereks saja. Kalau baiah boleh langgar apalah sangat atok tu.

    BalasPadam
  2. "Saya percaya, perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan tetapi keinginan dan kesempatan," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

    Baca ayat ni teringat kat WARDINA...apakah khabarmu yea?

    BalasPadam
  3. Tahu xdk sokongan.. Nk PRU pulak.. Pstu poket kena jaga.. Dok tungu.. Nanti PRU SAH kalah.. So tungu lagii.. Jd BEBAS mesra kerjaaan prsketuan la..
    Kot2 kekal tempat PRU nti

    BalasPadam