Header Ads

ads header

Flash News

Hanya sokong Belanjawan 2021 kalau ia benar-benar mengenai COVID-19 - Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR:
Terlampau banyak persoalan yang berbangkit daripada Belanjawan 2021, sedangkan ia sepatutnya memberi fokus kepada usaha menangani COVID-19, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, antara perkara yang menimbulkan kegusaran ialah, unjuran pendapatan yang mengelirukan, pemindahan wang untuk dijadikan pendapatan kerajaan, dan tumpuan yang tidak sepatutnya kepada perbelanjaan pembangunan (CapEx).

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia seakan-akan tersasar daripada apa yang sering diperkatakan Kerajaan sebelum ini, iaitu fokus Belanjawan adalah untuk mengawal pandemik itu.

“Pandangan saya, kita akan hanya sokong kalau ia benar-benar Belanjawan COVID-19. Dalam keadaan sekarang terlalu banyak persoalan, unjuran, peruntukan COVID-19, pemindahan wang dan peruntukan pembangunan yang bukan jadi keutamaan.

“Saya usulkan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz) benar benar teliti, dengar hujah, supaya hal COVID-19 diberi keutamaan. Kita (pembangkang) diberitahu, digesa, dinasihat supaya sokong Belanjawan COVID-19, dan kita hanya akan sokong Belanjawan COVID-19…bukan yang lain,” katanya lagi.

Antara perkara yang dibangkitkan Anwar ialah, mengenai unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada 2021, iaitu pada kadar antara 6.5% hingga 7.5%, yang beliau sifatkan tidak realistik, dan bercanggah dengan ramalan beberapa badan kewangan.

Beliau berkata, unjuran yang disebut Menteri Kewangan pada Jumaat lepas, seolah-olah cubaan untuk mengabui mata rakyat mengenai kedudukan sebenar ekonomi negara.

“Dari mana Menteri Kewangan dapat unjuran begitu hebat. Atau semata-mata untuk penuhi selera politik, untuk meyakinkan kita boleh capai pertumbuhan dengan begitu yakin?

“Unjuran saya faham tak semestinya tepat, banyak kali silap. Tapi ia haruslah bersifat realistik, ada kesungguhan untuk nyatakan yang benar. Bukan untuk mengelirukan semua pihak,” tegasnya lagi.

Dalam perbahasannya, Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, menyentuh anggaran kutipan cukai korporat untuk tahun 2021, iaitu sekitar RM64.6 bilion.

Beliau berkata, unjuran tersebut tidak munasabah, selepas mengambil kira kesan hebat COVID-19 ke atas ekonomi negara seperti penutupan syarikat-syarikat, pembuangan pekerja dengan jumlah yang banyak dan sebagainya. - Astro

MR: Kritikan Anwar dan menyatakan strategi alternatif sedemikian rupa dalam ucapannya sebenarnya memberikan kekuatan dan mempertahankan Muhyidin dan PN walaupun sebelum, dinyatakan bahawa PN telah kehilangan majoriti dan sokongan. Adakah Anwar lupa dia mengiyakan Muhyiddin sebagi PN dengan perbahasan kritikan ini?




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Hanya sokong jika ia BENAR2 ANWAR bukan PELIWAT/GILA NOMBOR@KUASA/Kes mata lebam dan diracun asedik/minyak turun 1.50 dan kenyataan2 LAIN bukan FITNAH atau MUNAIFIK

    BalasPadam
  2. Anwar ketua Yiden dlm Team Wawasan

    BalasPadam
  3. ada satu wawancara si anuar ni bole melihat secara 3 dimensi, begini bila si tolol berbicara, sampai anuar kata bajet mesti tumpu pada covid, nak kasi rakyat makan pasir ke apa, bajet tu mestilah meliputi semua aspek, ekonomi, keselamatan dan sosial/masyarakat, mestilah seimbang

    BalasPadam
  4. Huntung laa..time covid pun dapat naik gaji..bestnya jd yb negara pasir berdengung!

    BalasPadam