Header Ads

ads header

Flash News

Harap Bersatu, PAS beri laluan pada Umno di Gerik kata Zahid


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berharap Bersatu dan PAS akan memberi laluan kepada calon partinya pada PRK Parlimen Gerik yang dijadualkan berlangsung Januari tahun depan.

Katanya, sokongan Bersatu dan PAS perlu untuk memberi kemenangan di kerusi kubu kuat Umno itu.

"Memandangkan ketika ini kita menghadapi pandemik Covid-19, seharusnya semua pihak termasuk pembangkang perlu mengelakkan pertandingan dalam pilihan raya kecil tersebut sekali gus memberi kemenangan kepada calon Umno," katanya, lapor Bernama.

Ahmad Zahid juga berkata BN akan meletakkan calon tempatan kerana individu itu lebih mengenali dan memahami permasalahan setempat serta kehidupan masyarakat di kawasan berkenaan.

Jelasnya, urusan pemilihan calon diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Saarani Mohamad yang akan mengadakan perbincangan bersama Umno Bahagian Gerik.

"Kita akan memilih yang terbaik dalam kalangan calon terbaik. Kita akan senarai pendek nama-nama itu apabila Umno Bahagian Gerik mengemukakannya kepada Badan Perhubungan Umno Negeri seterusnya mengemukakan (calon) kepada saya selaku Pengerusi BN untuk kita muktamadkan," katanya lagi.

PRK Gerik diadakan susulan penyandangnya Hasbullah Osman (gambar, bawah) meninggal dunia pada 16 November lalu akibat sakit jantung.

Sehari selepas pemergian allahyarham, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa semua parti politik supaya mengelak meletak calon dan memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada Umno.

Kata Lim, ini bagi mengekang risiko penularan wabak Covid-19 semasa pilihan raya kecil.

“Pemergian Hasbullah mengundang satu lagi pilihan raya kecil dalam 60 hari, yang boleh menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan awam ketika Malaysia berada di tengah-tengah lonjakan tinggi jangkitan Covid-19.

“Sebagai pengiktirafan khidmat beliau dan bahawa Malaysia berada dalam gelombang ketiga jangkitan Covid-19 yang teruk, seharusnya tidak ada pertandingan dalam pilihan raya kecil oleh parti-parti untuk melawan Umno,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, Zahid pada hari ini juga dilaporkan berkata darurat mungkin tidak akan diisytiharkan di Gerik bagi menangguhkan pilihan raya kecil itu kerana Gerik berada di zon hijau Covid-19.


Pada PRU14, Hasbullah menewaskan calon PAS Mohd Dahalan Ismail dan calon Bersatu Ibrahim Mohd Hanafiah.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Bersatu akn brtanding d grik sbb nak menambah kerusi bersatu d parliment

    BalasPadam
  2. Tgk rekod lps, majoriti pas lg tggi dr bersatu. Apa kata bg pas bertanding sana. 7 prk asek bg laluan je..

    BalasPadam