Header Ads

ads header

Flash News

Hebat "taklik" Abu Urwah (Saari Sungip) nak keluar AMANAH


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib menawarkan diri untuk mencabar menteri kanan Azmin Ali di parlimen Gombak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Untuk itu dia bersedia meninggalkan partinya Amanah dan menyertai PKR, memandangkan Gombak adalah kerusi PKR.

“Saya ingin menawarkan diri berdepan dengan Mohamed Azmin Ali di Parlimen Gombak dalam pilihan raya akan datang sekiranya saya sihat serta dianggap oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebagai seorang calon boleh menang.

“Memandangkan kerusi Gombak milik PKR, maka jika saya terpilih saya bersedia untuk menjadi ahli PKR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmin, orang kuat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, adalah penyandang kerusi Parlimen Gombak selama tiga penggal.

Pada PRU 2018, Azmin yang ketika itu pemimpin kanan PKR, menang di Gombak dengan dalam pertarungan tiga penjuru menentang Umno-BN dan PAS.

Dia bagaimanapun berubah angin dengan mendukung pembentukan kerajaan baru melalui Langkah Sheraton pada Februari lalu yang menyaksikan kejatuhan PH.

Sebelum ini, Saari dispekulasikan akan mengikuti jejak Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, yang keluar Amanah untuk menyertai PKR.

Saari menafikannya sebelum ini.

Sementara itu, Saari berkata pelbagai kumpulan di kawasan tersebut telah menyatakan sokongan kepadanya untuk melawan Azmin pada PRU15 kelak.

“Beberapa kelompok masyarakat India, Serani, Cina, Punjabi, India, kelompok orang asli seperti Temuan bertemu saya memberi sokongan kepada saya untuk melawan Azmin Ali.

“Di Gombak mereka dapat dikumpulkan antara 5,000 hingga 7,000 orang.

“Di samping itu menurut seorang pimpinan pemuda PKR, persatuan-persatuan Minang, Bawean dan etnik Sumatera yang bilangannya hampir 20,000 orang di Gombak turut memberi sokongan kepada siapa sahaja yang akan menentang Azmin Ali.

“Maka menyertai PKR bagi saya adalah untuk kesepaduan kerja, meluaskan demokrasi serta mengukuhkan solidariti PH,” katanya.

Gombak adalah kerusi majoriti Melayu (77 peratus), manakala pengundi Cina dan India masing-masing sekitar 11 peratus.

MR : Agaknya apa pula helah Hasnol nak keluar AMANAH?



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Pemimpin tiada prinsip, tiada pegangan...mana mungkin jadi pemimpin umat manusia masa kini...

    BalasPadam
  2. Pengikut Buntut Abam yg setia n tegar

    BalasPadam
  3. amanah berkata partinya bukan untuk dijual, itu betul mana ada parti dimalaysia ditubuhkan seperti barangan untuk dijual, tapi tidak heran amanah adakah sebiji parti yang ahlinya bole dibeli dengan nilai barangan lelongan

    BalasPadam
  4. abu urwah ini, salah seorang master mind untuk menjahanamkan pas dari dalam. moto mereka, " jika tak boleh kuasai pas, "tarik keluar ahli mereka sebanyak mungkin". setelah gagal "merampas" pas,,mereka cari helah dan alasan untuk mewajarkan mereka keluar dari pas. alasan paling munasabah ( setelah diberi tunjuk ajar oleh babi dap ) ialah kerana " pas mahu berbaik2 dgn umno "..alasan ini berjaya mengaburi kebanyakan org melayu yg ketika itu "termabuk" dgn propaganda dap yg mencanang satu dunia "org melayu umno perompak"...maka akhirnya kita menyaksikan putrajaya dirampas cina kafir dap. ya,,betul pm org islam. tp si keling karala yg sememangnya membenci melayu dulu kini dan selamanya. mahathir adalah baruwah dan kuda tunggang dap , ..lihat sendiri,,abu urwah yg satu ketika disanjung dan diberi amanah mentarbiyah ahli2 pas, beliau ada musang berbulu ayam,,dan kerja buat abu urwah ini telah membawa kpd kafir cina dap serta baruwah2 mereka mentadbir negara selama 22 bulan macam haramjadah. oleh itu, awas orang2 melayu gombak khasnya dan seluruh org2 melayu seluruh negara, terajang keluar abu urwah dan geng2 pengkhianat bangsa dan ugama daripada jim, alami, irc ,pan, syiah dari politik negara kita.

    BalasPadam