Header Ads

Header ADS

'Hubungan Umno-PAS umpama baru kahwin, tidur tak lagi berpelukan' kata Mustapha Yaakub



Veteran Umno mengakui hubungan parti itu dengan rakan sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) iaitu PAS, tidak seintim dulu lagi.

Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub, berkata hubungan erat itu kini semakin renggang sejak kebalakangan ini.

Mustapha berkata, perubahan itu berlaku apabila PAS mula mendapat tempat dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Ya, hubungan antara PAS dengan Umno tidak seintim dulu lagi. Khususnya selepas PAS mendapat jawatan dalam kerajaan.

"Orang kata kalau umpama orang yang baru kahwin, tidur tidak lagi berpelukan.

"Kita nampak dan kita sedar hubungan itu kini sedikit renggang, namun tidak ada pergeseran," katanya.

Bagaimanapun Mustapha mengakui hubungan antara dua parti itu masih lagi elok tanpa sebarang pertelingkahan yang serius.



Sebelum ini Ahli Parlimen Pasir Mas dari PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan sokongan bersyarat diletakkan Najib Razak bagi menyokong Belanjawan 2021 umpama "hikayat Puteri Gunung Ledang".

Ahmad Fadhli mengkritik Najib kerana bekas perdana menteri itu mahu kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman dan membenarkan pencarum mengeluarkan wang dari akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Kenyataan pemimpin Pemuda PAS itu mendapat perhatian Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pada satu hantaran di media sosial bagi menjawab Ahmad Fadhli, Asyraf berkata syarat yang dikenakan Najib itu bukanlah satu hikayat.

Sebaliknya, tegas ketua pemuda Umno itu, ia adalah hakikat rakyat yang semakin tersepit akibat wabak Covid-19.



Mengulas lanjut, Mustapha (gambar, atas) berkata tindakan pemimpin PAS mempersoalkan Najib memberi mesej jelas bahawa mereka mempertahankan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

"Bila ahli parlimen Mas mengkritik Najib dalam soal moratorium, ia melambangkan yang mereka mempertahankan Muhyiddin.

"Sejak perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) ini Muafatkat Nasional (MN) pun sudah jarang bermesyuarat.

"PN sudah didaftarkan, namun MN sehingga hari belum didaftarkan lagi sebagai sebuah parti berdaftar," katanya.

MR
: PAS dan UMNO sama dapat jawatan dalam kerajaan, malah UMNO lebih. Sikap pemimpin UMNO yang dapat jawatan pun sama dengan PAS mereka pertahankan PN. Ini bukan isu.sebenarnya. UMNO mula berubah kerana mereka ada agenda lain dan mereka boleh bersama dengan Anwar. Tapi nak lari isu PAS macam dipersalahkan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



7 ulasan:

  1. Jika umno ikut nafsu maka lesu...

    BalasPadam
  2. UMNO oerlu Muhasabah..Kenapa Zaman Atuk dikatajan Zaman Firaun n Zaman Jibby disamakan Zaman Namrid

    BalasPadam
    Balasan
    1. iye le pas aje le yang betul/islam/syumul/jujur orang lain tak.

      Padam
  3. Masuk perangkap syaitan untuk terus berbalah.Kenyangnya syaitan DAP nanti.Masih ramai lagi sombong dan angkuh dan berlagak abang besar,kena puaskan hati semua pihak.Sepanjang 9 bulan PN,hanya PAS tidak kecoh walaupun banyak pihak nak adu domba

    BalasPadam
  4. Tak abih lagi ka berbalah.Melayu bodoh berbalah,Cina DAP untung

    BalasPadam
  5. Mcm biasa..ni suma salah Dap

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.