Header Ads

ads header

Flash News

Jambatan & Bendera


Belanjawan 2021 selesai dibentangkan pada hari jumaat semalam. Ianya memberi satu nostalgia bilamana jambatan sungai Marang termasuk dalam kelulusan Bajet 2021.

Alhamdulilah, dengan tema "Teguh Kita, Menang Bersama" Bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Dato' Tengku Zafrul Tengku Aziz memberi kelegaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi dalam menangani kemelut pandemik Covid-19 yang masih belum selesai.

Berbalik kepada isu Jambatan & Bendera. Dimana, peristiwa itu berlaku pada hari jumaat. Pimpinan Parti Islam Semalaysia (PAS) peringkat DUN Rhu Rendang merancang untuk mengadakan ceramah bersama saudara Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu ketika itu di minati ramai dengan ceramah yang disampaikan oleh beliau. Namun Hidayah milik Allah, beliau telah terpesong daripada matlamat perjuangan sebenar.

Seperti biasa. Apabila ceramah yang akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi ketika itu, petugas parti akan membuat persiapan yang rapi dan teratur. Diantaranya persiapan besar dan sebagai syiar PAS. Bendera akan dipasang di sepanjang jalan ke tempat ceramah diadakan.

Jambatan Marang adalah salah satu tempat laluan utama ke tempat ceramah tersebut. Jadi bendera hijau putih akan dipasang dibiarkan berkibar dengan megah diatas jambatan Marang. Oleh hal demikian, ada segelintir pihak yang tidak suka dengan suasana tersebut membuat aduan dan perancangan supaya mengarahkan pihak berkuasa membuang bendera diatas jambatan tersebut.

Apabila pihak berkuasa membuat arahan supaya membuang bendera-bendera tersebut. Ahli Jawatankuasa keselamatan Parti bertegas supaya kita akan mempertahankan bendera itu daripada dicabut dan tidak dibuang supaya bendera hijau putih parti kita tetap berkibar apabila pimpinan kita melalui jalan ke tempat ceramah tersebut.

Arahan pihak keselamatan parti bersuara bahawa kita mesti pertahan syiar parti kita. Kami dikalangan muslimat lebih kurang dalam sepuluh orang berada di barisan hadapan mewakili muslimat mendengar dan mengikut arahan tersebut dengan tidak rasa takut pun dengan pihak berkuasa ketika itu. Sambil kami bertekad, masing-masing memegang bendera tersebut dengan berkata dihadapan Anggota FRU. Kami sanggup tangan kami dipotong demi pertahankan bendera hijau putih parti kami.

Allahuakbar!!!

Allah telah memberi kekuatan semangat kepada kami (Muslimat) pada hari kejadian. Alhmdulilah, dengan izin Allah SWT. Syiar mempertahankan bendera itu kami dapat dipertahankan. Allahuakbar.

Doakan kepada kami semoga tetap istiqomah didalam perjuangan ini dan kepada mereka yang telah beralih dari matlamat perjuangan. Kami doakan semoga diberi petunjuk oleh Allah SWT supaya kembali ke matlamat perjuangan sebenar.

"ISLAM MEMIMPIN WANITA SEJAHTERA"


Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS
Kawasan Marang (DMPKM)




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan