Header Ads

ads header

Flash News

Kawalan Jualan Arak: Ke Mana Hilangnya Suara MP DAP Yang Menjuarai Isu Melawan Arak Dalam DAP?


MP DAP Batu Gajah, V Sivakumar, diketahui merupakan juara melawan arak dalam DAP.
Beliau pernah mengeluh:

“Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka yang menjualnya tanpa kawalan ketat.”

Beliau pernah menyuarakan cadangan supaya:
“Kita perlu ada undang-undang yang lebih ketat dari segi pelesenan dan pengoperasian kedai-kedai menjual arak.”

Beliau juga pernah menyuarakan tuntutan supaya:

1. Penjualan semua jenis arak (kecuali bir) di bawah isi kandungan 750ml patut diharamkan.

2. Harga minima bagi penjualan semua jenis arak (kecuali bir) harus ditetapkan pada RM30.

3. Kerajaan harus menubuhkan pusat-pusat pemulihan penagihan arak di seluruh negara, sekurang-kurangnya satu (1) pusat pemulihan di setiap negeri.

4. Syarat-syarat lesen arak di bawah Akta Eksais 1976 harus dipinda bagi menetapkan penjualan runcit semua jenis arak (kecuali bir) harus bermula tidak awal daripada pukul 10 pagi dan harus dihenti tidak lewat daripada pukul 6 malam.

5. Amaran bergambar kemudaratan kesihatan akibat pengambilan arak harus dipaparkan pada setiap botol arak.

6. Satu akta baru untuk mengawal pengambilan arak di tempat awam harus diluluskan oleh Parlimen dan pihak polis harus menguatkuasakan undang-undang berkenaan.

7. PBT di seluruh negara harus diberi kuasa setaraf dengan Jabatan Kastam untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan berkaitan penjualan runcit semua jenis arak (kecuali bir) menurut Akta Eksais 1976.”

Sekarang ini, bila DBKL mengadakan peraturan supaya tidak dibenarkan jualan liquor di Kedai Runcit/Serbaneka/Ubat Cina berkuatkuasa 1 Oktober 2021 kecuali bagi tujuan ubatan tradisional serta supaya pembuatan, penjualan, pengambilan samsu adalah diharamkan di KL mengapa MP DAP Batu Gajah ini tidak terkedepan untuk menyokong dan memujinya?

Sekarang ini, bila boss beliau, Pengerusi DAP merangkap MP Cheras, Tan Kok Wai, selain geng beliau, MP Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, mendakwa peraturan DBKL ini adalah pencabulan teruk ke atas cara hidup orang bukan Islam atau adalah perlanggaran ke atas kebebasan beragama orang bukan Islam, mengapa MP DAP Batu Gajah ini diam seribu bahasa?

Where is your conscience, MP DAP Batu Gajah?

Dr. Kamarul Zaman bin Haji Yusoff
International Studies
UUM College of Law, Government and International Studies



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. DBKL jangan mengalah dalam mengadakan peraturan supaya tidak dibenarkan jualan liquor di Kedai Runcit/Serbaneka/Ubat Cina berkuatkuasa 1 Oktober 2021 kecuali bagi tujuan ubatan tradisional serta supaya pembuatan, penjualan, pengambilan samsu adalah diharamkan di KL, teruskan keselamatan rakyat amnya adalah diutamakan dan jangan dengar orang yang terutama sekali bercita2 hendak menjadi tuhan

    BalasPadam
  2. Peraturan penjualan arak wajar diperketatkan kerana memberi kemudharatan kpd masyarakat. Puak dapig dan khadamnya adalah hipokrit kerana lebih mementingkan sokongan pilihanraya drp kemasylahatan umum

    BalasPadam
  3. Sekarang pas dah jadi kerajaan.
    Tutup bila nak tutup kilang carlsbergs

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woi babi
      Boleh diam
      Menyalak je
      X ckop tulangkah

      Padam
  4. 1. Mana walaun PAS? Lama tak nampak. Isu bir masih dibenarkan dijual tak ulas, isu Covid-19 naik mendadak tak ulas, isu pemandu mabuk tak ulas, isu kematian adib senyap, bila tarikh pelaksanaan RUU355/hudud pun tak tuntut.
    2. Waktu PH perintah nampak garang, kononnya 'Singa Islam'. Sikit saja isu timbul, pasti mereka akan desak PM letak jawatan, menteri letak jawatan. Sekarang? Menikus.
    3. Jika PAS ikhlas dengan perjuangan mereka yang dilaungkan selama ini, sudah pasti mereka akan beri kata dua kepada Muhyiddin. Satu contoh misalnya jika Muhyiddin tidak benarkan pindaan RUU355 dijadikan urusan kerajaan dan dibentang dalam Dewan Rakyat maka 18 Yang Berhormat daripada PAS akan tarik sokongan dan PN akan tumbang.
    4. Ini barulah Singa Islam!
    5. Namun perkara ini tidak berlaku, nampaknya kerusi empuk di Putrajaya lebih utama untuk dipertahankan. Bayangkan RUU355/hudud yang dikatakan nyawa PAS itu pun tidak lagi diperjuangkan apatah lagi isu-isu yang lain.
    6. Lalu apa lagi orang melayu Islam nak harap kepada PAS?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadilah SINGA ALLAH bukan jadi SINGA DAPIS tokong KHINZIR....saya ulang saya ulang..MUKTAMAD

      Padam
  5. Ramai pemimpin dari kalangan orang Melayu Islam yg hebat berkata- kata namun hakikatnya hanyalah "tong kosong".Bila ada pangkat, kedudukan, harta.... ke lautlah apa yg sebelum ini dilaung- laungkan.

    BalasPadam
  6. Ramai jahil uslub dakwah.Ikut nak sondol jah.Mung ingat ada kuasa, nak gomo selalu koksir kokdan?Tapi PAS sentiasa komited untuk laksanakan Islam.Tidak boleh buat semua ,jangan tinggal semua.Tiada kerajan yang boleh laksanakan semua dalam tempoh lapan bulan,melainkan tipu rakyat dalam tempoh 22 bulan bolehlah.Tipu ni tak payah bayar

    BalasPadam
  7. Bodoh sungguh analogi mp sepang ...bila arak dihadkan penjualan dikatakan pencabulan hak non muslim..tetapi tidakkah bila arak dijual berleluasa ,maka itu juga telah mencabul hak orang muslim...lebih lebih lagi Malaysia negara umat Islam.Kesan arak pula membawa pelbagai keburukan kepada banyak pihak.

    BalasPadam