Header Ads

ads header

Flash News

Kedudukan PN tergugat di Parlimen?


Tanpa kita sedar berlaku satu peristiwa yang begitu signifikan dalam belanjawan kali ini. Walaupun ramai melihatnya secara sepintas lalu namun ia memberi mesej betapa kerajaan pimpinan Muhyiddin sebenarnya sudah hilang majoriti sebelum belanjawan dibentangkan.

Ia berlaku apabila speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun terpaksa mengenepikan keputusan awal untuk mengehadkan jumlah ahli parlimen kepada 80 dalam sidang ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) memulakan desakan itu dan mendapat sokongan daripada kedua-dua belah pihak, termasuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak), Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) dan Noh Omar (BN-Tanjung Karang).

Azhar sebelum itu berpendapat bahawa perkara itu sudah diputuskan oleh ketua Whip parti semalam.

Bagaimanapun, anggota parlimen terus memberi desakan kepadanya.

Akhirnya, speaker mengalah ketika Lim Guan Eng (PH-Bagan) mencadangkan agar usul dibentangkan untuk memutuskan sama ada membenarkan semua 221 anggota Parlimen masuk dalam dewan.

4 orang ahli parlimen Umno itu sebenarnya telah memberi isyarat betapa kerajaan ini begitu rapuh apabila berhadapan dengan undian. Empat orang yang bersetuju dengan Anwar walaupun dalam usul yang simple itu, namun implikasinya kerajaan PN masih dilanda badai yang bila-bila masa sahaja bakal menghasilkan ombak besar.

AHMAD MUSTAKIN

MR : 4 orang ahli parlimen Umno itu sebenarnya telah memberi isyarat betapa kerajaan ini begitu rapuh apabila berhadapan dengan undian.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Sudah takdir anuar ibrahim...pusing ikut mana pun tetap tdk berjaya jadi PM...ada beribu halangan didepannya...

    BalasPadam
  2. Sampai bila lah pemimpin parti Malaysia menyadari tingkahlaku mereka cukup memalukan negara kita macam susah sudah mencari yg terbaik ada pula pandai cakap tak serupa bikin

    BalasPadam