Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan ada kaedah dapatkan sokongan MP pembangkang, kata Zahid


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah meminta sokongan untuk Belanjawan 2021 daripada ahli parlimen pembangkang.

Bercakap kepada Malaysia Gazette dalam wawancara yang diterbitkan malam tadi, Ahmad Zahid menyorot bahawa PN ketika ini hanya mempunyai 111 ahli parlimen daripada 220 kesemuanya di Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid berkata, dengan mengambil kira ahli parlimen yang menyatakan tidak akan hadir pengundian, selain ahli parlimen yang meninggal dunia, jumlah 112 yang diperlukan PN untuk mempertahankan kerajaan telah berkurangan.

"Ertinya jumlah 112 yang diperlukan untuk pembentukan sebuah kerajaan itu telah berkurangan.

"Dalam situasi yang begitu tentunya kerajaan yang memerintah mempunyai beberapa kaedah tertentu untuk mendapat dokongan daripada ahli-ahli parlimen yang berada di luar kerajaan.

"Tentu ada beberapa perkara yang sedang dirancangkan oleh mereka," katanya tanpa mengulas secara spesifik.

Awal pagi ini, anggota parlimen PKR Subang Wong Chen juga berkata khabar angin yang didengarnya adalah terdapat beberapa anggota parlimen pembangkang akan menyokong belanjawan sebagai balasan untuk sumber dan peruntukan ahli parlimen.

Untuk rekod, ahli parlimen pembangkang mendapat peruntukan yang jauh lebih sedikit berbanding ahli parlimen kerajaan.

Tak mustahil sebelum Khamis

Hari ini semua mata tertumpu ke Dewan Rakyat apabila PN cuba untuk meluluskan belanjawan pertamanya. Undian peringkat dasar dijangka berlaku petang ini.

Jika belanjawan itu gagal diluluskan, ia boleh dilihat sebagai satu undi tidak percaya terhadap perdana menteri dan lazimnya penyandang akan melepaskan jawatannya.

Satu lagi pilihan yang ada ialah perdana menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan parlimen untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan.

Umno - yang mempunyai bilangan ahli parlimen tertinggi dalam PN - meletakkan syarat untuk menyokong rang undang-undang perbekalan (belanjawan) itu.

Mereka menuntut kebenaran pengeluaran wang Akaun 1 KWSP diluaskan serta moratorium pinjaman secara automatik kepada semua golongan B40 dan M40.

Dalam wawancara itu, Ahmad Zahid menegaskan sekali lagi tuntutan yang dikemukakan, namun tampak yakin ia akan dipenuhi sebelum undian dilakukan.

“Tidak mustahil sebelum hari Khamis ini menteri kewangan akan mengeluarkan kenyataan menteri bagi mengadakan modifikasi (pengubahsuaian), tidak seperti mana tercatat dalam ucapan belanjawan itu sendiri.

“Saya amat yakin perkara itu boleh dilakukan oleh menteri kewangan,” katanya.

Ahmad Zahid dan beberapa pemimpin Umno mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz malam tadi.

Senator itu dijangka menyampaikan ucapan penggulungan di Dewan Rakyat tengah hari ini, sebelum undian dijangka berlangsung.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. MENTERI KEWANGAN dah GILAkah?!

    Lihat di - https://malaysiagazette.com/2020/11/26/wira-putra-tidak-puas-hati-peruntukan-sjkc-naik-sekolah-agama-dikurangkan/

    NOTA: Tapi AWAS, NGO Putra ni PENJILAT Diktator mahathir PARIAH kerala - tapi walau kita PENYOKONG Kerajaan PN, tak semestinya kita mengorbankan HAK Islam/Umatnya & seluruh bangsa BUMIPUTERA kita!!

    Maka, DYMM SPB YDPA sbg. KETUA AGAMA ISLAM Persekutuan & PELINDUNG Hak bangsa BUMIPUTERA bersama MAJLIS RAJA2, serta SUMPAH JAWATAN DYMM DPB YDPA melindungi ISLAM setiap masa, berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN kita, patut masuk campur BELANJAWAN 2021 yang dah diLIBERALkan ni oleh puak2 PENGKHIANAT GILA & TAMAK KUASA dlm. KERAJAAN PN!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patutlah si EJEN2 DALANG DUA MUKA rejim PH Parasit dlm. PN - asyik MENYERANG YAM DS Najib yg. mahukan PINDAAN2 bernas dlm. BELANJAWAN 2021 utk. RAKYAT MISKIN!!

      Lihat di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/page-otai-ini-dulu-dipanggil-otai-bersih-dan-sebelum-itu-dipanggil-otai-reformas/10157514907520952/

      Padam
  2. Dan DASYATnya ni!! Mana SPRM/KDN ni!

    Rejim PENJAJAH Zionis DAP Parasit guna duit KERAJAAN NEGERI - utk. taja hampir $1/2 JUTA selama 5 thn. kpd. MUZIUM KOMIK Pemimpin DAP amat BANGSAT, yg. mengAGUNGkan KOMIK2 memuja PENGGANAS Parti KOMUNIS Malaya bawah chin peng, di PP!!

    Lihat di - https://www.facebook.com/najibrazak/photos/saya-pernah-bertanya-tentang-isu-ini-tapi-dap-membisupada-tahun-lepas-komik-prop/10157514589575952/

    BalasPadam