Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan akan sediakan vaksin secara percuma untuk rakyat


Kerajaan akan sediakan vaksin secara percuma untuk rakyat. Setakat sasaran kerajaan adalah 70% rakyat akan terima vaksin percuma tahun hadapan bermula sukuan pertama 2021. Pfizer akan bekalkan 12.8 dos, untuk 6.4 juta rakyat , ini 20% dari rakyat (utk Pfizer perlu 2 dos seorang untuk capai imuniti penuh jangka panjang).

Di Malaysia, keutamaan pemvaksinan diberikan dahulu kepada petugas barisan hadapan , frontliners seperti petugas kesihatan, anggota keselamatan, golongan berisiko seperti warga emas.

Sekurang kurangnya 60% rakyat perlu divaksinkan bagi mencapai imuniti kelompok (herd immunity). Herd Immunity bermaksud baki 30% bakal turut terlindung jika 70% rakyat mempunyai perlindungan vaksin Covid19. 30% yg tidak akan divaksinkan adalah kanak kanak berusia 18 tahun ke bawah dan mereka yg mempunyai masalah sistem imun yg tidak sesuai menerima vaksin.

10% akan dibekalkan melalui inisiatif COVAX. Baki 40% kerajaan sedang berunding dgn pembekal seperti Sputnik V, Moderna, Astrazeneca dan lain lain.

Cuma Pfizer yg menyatakan komitmen boleh menghantar vaksin pada sukuan pertama 2021 setakat ini. Pembekal yg lain perlu menunggu sehingga sukuan ke empat.

Semua vaksin Covid19 perlu diluluskan oleh badan kawal selia diiktiraf Bangsa2 Bersatu UN WHO seperti USFDA, EU FDA dan dinilai serta diluluskan pula oleh Agensi Kawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan NPRA, Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum digunakan untuk rakyat.

Baki 30% bagi rakyat yang memilih untuk mendapatkan sendiri suntikan vaksin di hospital swasta boleh memohon pengecualian cukai atas perbelanjaan berkenaan terhad RM1,000 seorang.

Dengan bermulanya proses vaksinasi diseluruh dunia mulai sukuan pertama 2021, kegiatan ekonomi dunia dan juga dalam negara dijangka mula pulih. Suntikan Vaksin Covid19 akan disyaratkan oleh kebanyakan negara bagi kawalan keluar masuk negara.

Ahmad Amzad Hashim




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan