Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan kekal tak iktiraf UEC


Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), iaitu penilaian untuk sekolah persendirian Cina, kekal menjadi isu selepas pertukaran kerajaan, daripada PH kepada Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan II Muslimin Yahaya dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong memberi bayangan berkenaan pendekatan kerajaan PN dalam perkara ini.

Soalan dan jawapan itu dibuat di khamar khas Dewan Rakyat pada 10 November lalu.

Dalam soalannya, Khoo meminta kerajaan menjelaskan pendirian kerajaan berkenaan Pasukan Petugas Dasar UEC yang ditubuhkan kerajaan PH yang antara lain untuk membuat kajian berkenaan pengiktirafan sijil tersebut, selain jika kerajaan PN berhasrat untuk meneruskan rancangan pengiktirafannya.

Berdasarkan hansard kamar khas Dewan Rakyat, Muslimin berkata pendirian kerajaan, sekurang-kurangnya pada masa ini, adalah kekal untuk tidak mengiktiraf UEC.


Muslimin Yahaya

"Sehingga kini, kerajaan dan Kementerian Pendidikan (KPM) kekal tidak mengiktiraf UEC. UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan," kata Muslimin.

Dalam jawapannya terhadap soalan Khoo, Muslimin membangkitkan bahawa komitmen untuk mengiktiraf UEC dibuat oleh kerajaan PH.

Berhubung pasukan petugas yang ditubuhkan, dia berkata kerajaan semasa menghormati peranannya dalam merungkai isu tersebut dan mengambil maklum usaha yang telah dilakukan, terutama proses libat urus dengan pelbagai pihak.

"KPM sentiasa menghubungi ahlinya, khususnya pengerusi pasukan petugas Eddin Khoo untuk mengetahui perkembangan dan status laporan walaupun keanggotaan pasukan petugas telah tamat secara automatik pada 29 Februari 2020.


Khoo Poay Tiong

"Menghormati kewibawaan anggota pasukan petugas dan menyedari ia adalah suatu isu yang rumit dan sensitif di kalangan rakyat yang telah berlarutan selama hampir 45 tahun, KPM tidak pernah mendesak supaya penyediaan laporan tersebut dipercepatkan," katanya.

Katanya lagi, ini bagi mengelakkan isu UEC menjadi perdebatan di kalangan khalayak umum.

'Dihangatkan pihak tak bertanggungjawab'

Bagaimanapun, kata Muslimin, isu pengiktirafan UEC dihangatkan oleh pihak yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati proses penyediaan laporan pasukan petugas.

Dia membangkitkan laporan kenyataan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) pada 17 Julai, yang mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin secara peribadi berharap UEC akan diiktiraf pada masa akan datang.

Dakwaan itu dinafikan Pejabat Perdana Menteri dua hari kemudian.

Muslimin juga memetik rancangan bual bicara Astro Awani, Consider This yang menampilkan Khoo untuk membincangkan soal cabaran dalam pengiktirafan sijil tersebut.

"Bagi mendapatkan penjelasan hal berbangkit mengenai UEC serta status kemajuan laporan pasukan petugas, pengurusan tertinggi KPM (Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran) telah mengadakan pertemuan dengan pengerusinya pada 28 Julai lalu," katanya.


Dari kiri: Mohamad Raimi, Eddin Khoo dan Tan Yew Sing

Katanya lagi, ketika itu KPM dimaklumkan laporan telah tersedia tetapi memerlukan penambahan maklumat dan penjelasan.

"Antaranya adalah mengkaji isu mengenai UEC dari sudut perundangan," katanya.

"Semua anggota pasukan petugas juga telah bersetuju dan menetapkan pendirian atas beberapa perkara utama yang dibincangkan dalam laporan ini secara konsensus," katanya lagi.

Dia juga memaklumkan laporan itu ditulis oleh Khoo dan ahli pasukan petugas lain, iaitu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Mohamad Raimi Ab Rahim dan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia - China, Tan Yew Sing, setuju untuk menetapkan pendirian atas beberapa perkara utama, bagi mengesahkan syor dalam laporan itu dan mengelakkan percanggahan pendapat di masa akan datang.

Menurut Muslimin lagi, pertemuan susulan, yang dijadual pada 17 Ogos, terpaksa ditangguhkan selepas Khoo perlum menjalani kuarantin.

Pertemuan kemudian diadakan pada 17 september dan ketika itu, Raimi dan Tan diminta memberikan maklum balas yang lebih lanjut.

"Maklum balas mereka akan diselaraskan semula dan dimasukkan ke dalam draf akhir laporan," katanya lagi.

Kata Muslimin lagi, pihak KPM juga telah memberikan dokumen berkaitan yang diminta pasukan petugas bagi melancarkan proses penyediaan laporan.

"Sehingga kini KPM tidak pernah menerima sebarang laporan awal, draf laporan atau laporan lengkap daripada pasukan petugas, sepertimana yang ditetapkan semasa pelantikan dibuat.

"Oleh yang demikian, tiada sebarang hasil kajian dapat diperhalusi dan diteliti oleh KPM. KPM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap laporan tersebut sekiranya ia diserahkan kepada kami," katanya lagi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. TIADA PENGIKTIRAFAN PADA UEC SAMPAI BILA2 PUN !!!....jangan terikut PERMAINAN HALUS BANGSA ULTRA KIASU...BANGSA YANG DIBERI BETIS HENDAK PULA PAHA..DIBERI PAHA..NAK PULA PUKI..DIBERI PUKI..NAK PULA LUBANG JUBUR...BANGSA YANG TIDAK PERNAH CUKUP DENGAN NIKMAT HIDUP DI MALAYSIA ADALAH PUAK ULTRA KIASU CINA MALAYSIAN MALAYSIAN...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul..jgan bagi kepada bangsa x mengenang budi..

      Padam
  2. Bodoh punye sepet....
    Ko suro cina tanah besar ko to iktiraf la babi
    Nie tanah melayu
    Nk berbahase cina ko balik tongsan la babi anak haram bodoh
    Setan punye kaum bodoh sepet x gune bangsa oku bangsa pengotor berak x cebok
    Puihhhhh

    BalasPadam
  3. Puak pendatang ultra-rasis lidah biawak mengamalkan double standard dengan mendesak kerajaan tunduk kepada kehendak mereka tetapi pada masa yang sama mereka sendiri menghina ajaran Islam, hak kaum Melayu dan hak bumiputera, hak umat Islam, raja-raja Melayu, tulisan jawi, baju Melayu dll.

    Pengganas komunis yang telah menyiksa, merogol dan membunuh kaum Melayu dll dan mengancam keselamatan negara, memusnahkan keamanan dan ekonomi negara telah menjadi idola mereka.

    BalasPadam