Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan perpaduan hanya muslihat Mahathir halang Anwar jadi PM kata penganalisis


PETALING JAYA:
Seorang penganalisis melihat sokongan berterusan Dr Mahathir Mohamad untuk kerajaan perpaduan hanya muslihat bagi menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, selagi Mahathir masih ada, beliau akan melakukan yang terbaik untuk menghalang usaha Anwar menerajui jawatan tertinggi itu.

Katanya, ini dapat dikesan melalui zaman kejatuhan keduanya pada 1990-an ketika Anwar menjadi timbalan Mahathir dalam kerajaan itu.

“Ia tiada kaitan dengan kerajaan perpaduan. Secara asasnya adalah agenda peribadi Mahathir untuk memastikan Anwar tidak menjadi perdana menteri. Tiada yang lebih daripada itu.

James Chin.

“Walaupun (Mahathir) sendiri tidak menjadi perdana menteri, sesiapa sahaja boleh jadi, kecuali Anwar.

“Malah perjanjian 2018 (ketika Mahathir dan PPBM sebahagian daripada Pakatan Harapan) berakhir dengan begitu buruk. Mahathir tidak pernah berniat membiarkan Anwar mengambil alih,” katanya kepada FMT.

Penganalisis politik Universiti Malaya Awang Azman Pawi berkata, Mahathir seolah-olah “tersekat dalam dunianya sendiri” di mana tidak ada orang lain selain dirinya yang layak memimpin negara.

Awang Azman Pawi.

Katanya, Mahathir sudah bertindak menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak kerana mereka tidak ikut kemahuannya, walaupun beliau memilih Abdullah sebagai pengganti dan kemudian memberikan kepercayaan kepada Najib.

“Ia jelas bahawa Mahathir dibelenggu oleh alasan peribadi dalam usaha untuk menafikan Anwar menjadi perdana menteri. Hakikatnya, Mahathir takut pada Anwar, yang jauh lebih mampu daripada Mahathir jika diberi peluang menjadi perdana menteri, di mana beliau akan menyebabkan legasi Mahathir mula dilupakan rakyat,” katanya kepada FMT.

Awang Azman menambah, legasi Mahathir berada dalam bahaya dengan parti barunya Pejuang tidak dapat pergi jauh selagi Anwar dan PKR menjadi tulang belakang pembangkang.

Baru-baru ini Mahathir berkata sebuah kerajaan perpaduan akan menjadi hala tuju bagi Malaysia kerana rakyat mula muak dan penat dengan politik di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Beliau menambah masalah parti perlu diketepikan untuk mengurangkan politik, dengan mengatakan kerajaan yang tidak mengutamakan politik berdasarkan parti akan menjadi pilihan yang baik.

Komen itu menyusul selepas beliau mengatakan Anwar tidak akan menjadi perdana menteri yang baik kerana ahli Parlimen Port Dickson itu tidak akan mampu memimpin negara ketika krisis kewangan.

Ini menyebabkan Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar Mahathir, dengan memberitahu bekas perdana menteri itu berhenti berusaha memecahbelahkan gabungan PH.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. PAN doh blh dileraikan n disulam saja dgn DAP

    BalasPadam
  2. jika anuar membawa kebaikan kpd umat Islam dan umat manusia dibumi malaysia ini..,Tuhan pasti mengizinkan anua jadi PM....
    tapi jika banyak bawa kerosakkan, risiko buruk pd rakyat jelata, khusus kpd umat melayu Islam..,anuar tak mungkin dilepaskan oleh Tuhan utk jadi PM..
    semua dah diatur Tuhan....

    BalasPadam
  3. TIDAK ADA KERAJAAN PERPADUAN JIKA DIDALAMNYA ADA DSAI,MAHATHIR,LIM KIT SIANG,MAT SABU,SHAFIE AFDAL...NAK HARAPKAN DSAI PELIWAT..AGAMA ISLAM DAN KEUTUHAN BANGSA MELAYU JADI DEBU YANG HILANG DITIUP FAHAMAN LIBERAL PLURAL...AGAMA ISLAM DISAMAKAN DENGAN AGAMA LAIN MENGAJAK MANUSIA BERBUAT BAIK...HANYA ORANG FASIK DAN MUNAFIK AJE YANG BOLEH BERCAKAP MACAM DSAI...ISLAM TETAP SATU...TIDAK SENANG PUAK YAHUDI,NASRANI dan MAJUSI KEPADA ORANG ISLAM SELAGI KAUM MUSLIM TIDAK MENGIKUTI MEREKA MENJADI KAFIRUN...NAK HARAPKAN MAHATHIR...MANUSIA BERMUKA DUA...BANTUAN UNTUK MERINGANKAN BEBAN RAKYAT SEBELUM PH DAN SELEPAS PH BUAT MAHATHIR SAKIT HATI DAN GILA...PADAHAL BANTUAN ITU UNTUK MAJORITI RAKYAT MALAYSIA WALAU TIDAK SEMUA...GST LAGI BUAT MAHATHIR MARAH...TAUKEH2 BESAR KRONINYA TIDAK DAPAT NAK LARI DARI BAYAR CUKAI...DUIT GST TULAH YANG DIBERI BALIK KEPADA RAKYAT DALAM BENTUK BR1M...MARAH MAHATHIR...SST DIPAKAI BALIK...HARGA BARANG BUKANNYA BERTAMBAH MURAH..ADA KALANYA LAGI TINGGI DARI GST...KEGILAAN APA YANG DIBAWA PH MASA 22 BULAN MEMERINTAH MALAYSIA ???...NI NAK DSAI JADI PM MALAYSIA ???..APA DAH BIOL @ MERENG OTAK CYBERTROOPER2 BEBAS ???...

    BalasPadam