Header Ads

ads header

Flash News

Kita kuat bersama tapi Ku Li mahu kembali ‘ke belakang’? kata Tuan Ibrahim


PETALING JAYA:
Beberapa pemimpin PAS mempersoalkan pemikiran Tengku Razaleigh Hamzah susulan kritikannya berkenaan kerjasama antara Umno, PAS, dan PPBM, dengan seorang ahli jawatankuasa pusat parti Islam itu tertanya adakah beliau mahu kembali ke keadaan di mana kumpulan Melayu berpecah.

Semalam, Tengku Razaleigh dalam temubual The Malaysian Insight membayangkan pergaduhan antara Umno, PAS, dan PPBM di masa depan, lantaran berebut kawasan sama menjelang pilihan raya umum.

Beliau juga mempersoalkan apakah untungnya bagi Umno meneruskan pakatan itu, bukan sahaja kerana kerusi-kerusi “tradisi” yang kini disandang pemimpin PPBM, malah tidak banyak jawatan Kabinet diberi kepada Umno, walaupun sokongannya memastikan Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun mahu Tengku Razaleigh melihat bagaimana Muafakat Nasional – pakatan yang menggabungkan 2 parti Bumiputera-Islam terbesar selepas pilihan raya umum ke-14 – berjaya merapatkan hubungan orang Melayu “yang lama berpecah”.

“MN langkah terbaik membina kekuatan bersama,” katanya kepada FMT, menyeru veteran Umno itu melihat “suasana baharu” politik tanahair.

“Dominasi Barisan Nasional (BN) sudah berubah dan keputusan PRU-14 perlu diambil sebagai iktibar.”

AJK PAS Pusat, Mohamed Fadzli Hassan senada dengan pandangan itu. “Dia hendak kembali ke belakang?”

“Apa yang kita buat untuk kebaikan di masa depan. Cara dia berfikir cara zaman dahulu dan dia tidak boleh terima manfaat yang kita ada, selain daripada kerajaan yang kita ada sekarang ini,” katanya.

Pengerusi PPBM Johor, Mazlan Bujang, akui ada kebenaran di sebalik hujah Tengku Razaleigh, menyedari sukarnya membahagikan kerusi pilihan raya antara PPBM, PAS, dan Umno memandangkan ketiga-tiga parti kini boleh menang di kebanyakan kerusi “tradisi” itu.

“Siapa yang hendak mengalah? Semua ada fakta mengatakan dia berhak dan akhirnya siapa yang akan mengalah?” katanya.

“Kalau saya pemimpin Umno, rasa boleh menang buat apa beri kerusi pada orang lain.”

Tuan Ibrahim bagaimanapun mahu mengingatkan Tengku Razaleigh akan bahaya jika mereka berpecah sekarang.

“Sebarang perpecahan akan melemahkan orang Melayu, Islam di negara ini…akibat perpecahan maka Pakatan Harapan akan mengambil kesempatan atas perpecahan parti Melayu.”

Mazlan pula percaya pertembungan antara ketiga-tiga parti hanya boleh dielak sekiranya Umno mengikut jejak PAS menyertai Perikatan Nasional, yang dipimpin presidennya, Muhyiddin.

MR : Kuli membawa suara terpencil dalam UMNO sekiranya PAS-UMNO bersama mereka tak ada tempat jadi calon kerana rekod mereka sangat buruk.. geng terpencil dalam UMNO giat menyerang MN kononnya mendaulatkan UMNO. Tapi hakikat mendaulatkan isi perut dan politik mereka.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


21 ulasan:

  1. yang kena bulinya umno bukan pas. boleh le engko cakap macam. cuba kalau pas pulak kena buli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya blm terlambat utk UMNO berdiri tegak sendiri dlm PRU15 kalo mng byk untung kalo kalah teruk. blh buat transformasi

      Padam
  2. KuLi boh kpd Sang Kelembai n Sabbery Ex46

    BalasPadam
  3. ..org politik kena sedar diri dgn keputusan PRU 14...janganlah masing masing nk tunjuk lagak sombong tinggi diri xsedar diri & penting dirikelompok...

    BalasPadam
  4. Amno jangan nak rasa kuat

    Amno boleh hilang dalam peta kalau cuba nak tunjuk kuat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elaun jasa ciput ja, tapi jadi ejen rba puak komunis tak putus2 duit asyukkkk

      Padam
  5. kekalkan MN perkukuh PN bermaksud kiri kanan aku makan.

    BalasPadam
  6. sekali umno tersungkur, memang susah utk bangkit..,silap2 akan hanyut tenggelam spt parti terbesar indonesia dahulu iaitu parti GOLKAR...kini dah jadi parti kecil2an yg bergantungan dgn parti2 lain spt apa yg berlaku pd umno hari ini....

    BalasPadam
  7. KISAH benar KULI mencari talian hayat dari PAS ketika S46.... akhirnya seperti melepaskan anjing tersepit MENGIGIT orang yang menolongnya.PAS tidak akan LUPA.Sama juga dgn anwar p....t dgn P arti K hianat R eformasi..berlutut dgn PAS dgn alasan Untuk cari keadilan beliau akhirnya menghina pimpinan PAS Dgn pelbagai FITNAH...ALLAH saja tempat aduan dan membalas mereka yang MUNAFIK dan FASIQ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yg berperangai KuLi dlm Parti Keris dan Bunga, Parti Bulan kena berwaspada n jgn alpa

      Padam
    2. ye..kena berhati hati & berwaspada..jangan trmakan hasutan dari batu api..slogan pecah & perintah.
      Rakyat senyap ..tapi sedang perhati gelagat ahli politik ..

      Padam
  8. Buanglah Ku Li ni. Masa PH berkuasa dia diam membisu.

    BalasPadam
  9. Pencen je la yang dah lebih umur tu.. Buang tebiat...

    BalasPadam
  10. Biarkan saja Ku Li dengan idea LAPUKNYA...ideanya sama dengan Tun Mahathir,serta ahli UMNO dan DSAI yang tersepit talian hayat politiknya...GABUNGAN MN dan PN amat perlu untuk survival bangsa MELAYU dan ISLAM buat masa ini setelah diperlekehkan masa PAKATAN HARAPAN pegang PUTRAJAYA...jika Ku Li IKHLAS berjuang untuk survival bangsa Melayu dan ISLAM selama ini..BN masih lagi pegang PUTRAJAYA sampai sekarang !!!

    BalasPadam
  11. Kerjasama pas umno hanya bersifat senentara. ,Mungkin hanya diera hadi awang, najib dan zahid saja bila mana parti umno dilanda kerosakan dan kejatuhan...

    Pejuangan parti pas bukan begitu spt hari ini yg dah spt umno, yg duniawi, selfish, utk cari kekayaan diri...tiada labgsung akhlak Quran kalangan pemimpinnya....

    BalasPadam
  12. Ms lps pru14. Tubuhkan MN dgn umno. Bila pH bungkus, bodek mudin plk nk habuan. Skrg ni kaduk dah naik junjung. Najib pun di sound nya. Kerusi 18 tp belagak mcm 39 kerusi. Puiii!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amno sudah blh keluar MN dgn berketuakan KuLi

      Padam
    2. Mohtar and 9.57, ko jangan jealous PAS dapat habuan. Ko berdúa ni meroyan tahap gaban pasal hilang kuasa. Cuba lagi pru akan dtg, kalau masih ada harapan..ha..ha. ha

      Padam
  13. Pa susah susah.. bhagi je 3 dari winnable kawasan parlimen..masing2 dab ada 50 secured parlimen.itupun dah hampiri 2/3..kerja lebih skit je lagi..usah tamak..

    BalasPadam
  14. Sekarang pun dah ada 120 kerusi lebih..30 kerusi akan menang mudah kalau tak berebut lebih 2 penjuru..situ je ada 150 kerusi

    BalasPadam