Header Ads

ads header

Flash News

KKM belanja RM2.8 juta rawat lebih 9,000 perokok tahun lalu


KUALA LUMPUR:
Kementerian Kesihatan (KKM) membelanjakan RM2.8 juta bagi memberikan rawatan berhenti merokok atau farmakologi kepada 9,222 perokok tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata, jumlah itu meningkat berbanding RM2 juta yang dibelanjakan pada 2018 untuk merawat 12,640 perokok.

“Jumlah perbelanjaan ini meningkat kepada RM2.8 juta pada 2019, namun jumlah mereka yang menerima rawatan farmakologi berkurangan kepada 9,222 orang atas faktor kenaikan harga ubatan semasa.

“Rawatan berhenti merokok, iaitu rawatan farmakologi melibatkan 2 jenis ubatan, iaitu terapi pengganti nikotin, termasuk pelekat nikotin dan gula-gula getah nikotin serta terapi pengganti bukan nikotin,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Mujahid Yusof Rawa (PH-Parit Buntar) mengenai jumlah yang ditanggung KKM untuk program berhenti merokok seperti program perkhidmatan berhenti merokok, mQuit dan sejauh manakah keberkesanan program itu.

Beliau berkata, KKM turut melaksanakan satu inisiatif di bawah kerjasama awam-swasta bersama badan profesional, NGO dan agensi swasta dalam program mQuit.

“Program mQuit telah bermula sejak fasa 1, iaitu 2015 hingga 2017, fasa ke-2 pada 2017 hingga 2020 dan bakal memasuki fasa ke-3 bermula 2021 sehingga 2025 dengan termeterainya memorandum persefahaman bersama pihak KKM. Peruntukan kewangan bagi melaksanakan semua aktiviti dalam setiap fasa ditanggung badan profesional ini.

“Jumlah perokok yang mendaftar bagi mendapatkan rawatan berhenti merokok meningkat daripada 10,240 orang pada 2017 kepada 22,601 orang pada 2019.”

Katanya, melalui promosi penggalakkan berhenti merokok semasa pandemik Covid-19, lebih 3,442 orang mendaftar melalui laman sesawang Jomquit bermula 1 Jan hingga 21 Okt berbanding keseluruhan 2019 seramai 1,678 perokok.

Beliau berkata, daripada jumlah pendaftaran tahun ini, seramai 3,254 orang atau 95% mendaftar sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. pala bana

    hentikan penjualan... tutup kilang.

    saja nak perabih duit rakyat konon bagi bantuan bagai.. choiii

    alasan jaa

    BalasPadam