Header Ads

ads header

Flash News

Ku Li cadang tukar kerajaan, tapi itu tak berlaku - Tun Mahathir


KUALA LUMPUR:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini mendedahkan bahawa beliau pernah diberitahu Tengku Razaleigh Tengku Hamzah bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu boleh mencari bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menukar Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, jelas Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, apa yang berlaku adalah sebaliknya, dan ketika ini Putera dari Kerabat Kelantan itu dilihat sedang berusaha untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai legitimasi (keabsahan).

“Dia (Tengku Razaleigh) adalah di sebelah kerajaan. Dia mempunyai cadangan kononnya untuk kita tukar kerajaan.

“Dia berpendapat bahawa dia boleh cari cukup orang daripada pihak kerajaan untuk keluar daripada kerajaan. Tetapi benda itu tak berlaku,” katanya dalam program khas Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad terbitan Astro AWANI, pada Rabu malam.

Pada 16 Oktober lepas, sumber memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa Tengku Razaleigh, lebih dikenali sebagai Ku Li, secara terbuka telah menyatakan kepada Dr Mahathir bahawa beliau telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Muhyiddin.

Menurut sumber, perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh ahli kerabat Kelantan itu kepada Dr Mahathir, dalam satu pertemuan makan malam antara kedua-dua pemimpin politik veteran berkenaan di kediaman Ku Li, kira-kira sebulan yang lepas.

Pada 23 November lepas, Ku Li telah menulis sepucuk surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun bahawa tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat kerana keabsahan kerajaan masa kini tidak dapat ditentukan.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu menjelaskan, mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan tanpa memastikan sama ada perdana menteri dan jemaah menteri sah atau tidak dalam jawatan, akan menjejaskan salah satu prinsip penting perlembagaan




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Saya setuju kata Raja Petra Kamaruddin, jikalau Ku Li kata kerajaan ini tidak sah, maka dia sepatutnya letak jawatan dan kosongkan kerusi parlimen Gua Musang. Kalau tak pun, keluar dari UMNO. Apa pasal masih lagi berada dalam UMNO?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak perlu keluar UMNO kerana tanpa UMNO Kuli xboleh jadi PM lagi pun pengundi Gua Musang kekalkan dia berkali2 xelok..

      Padam
  2. Ku li dilihat sedang berusaha untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai legitimasi (keabsahan), nak kata mabuk ketum nanti marah, sepatutnya semasa pelantikkan pn olih agong pada ketika itu sebagai kerajaan sah memerentah malaysia bantahlah atas sebab diatas, tapi setelah sekian lama baru mebantah kata tak sah, tak tahu apa nak cakap pasal dia tu, korang komenlah sendiri, memang menyusahkan malaysia dan rakyat

    BalasPadam
  3. Kepah Kerjasama dgn Abam dah jln mati Atok kembali bermesra dgn musuh paling lananya KuLi ttp KuLi mudah fedup mungkin faktor usia n terkini Atok kata dia bila2 boleh berbaik semula dgn Abah ,, adakah ini sikap ketamakan atau foreplay SiAtok

    BalasPadam
  4. umno patut tindakkan pd ku li bila dia ingin jatuhkan kerajaan hari ini dimana umno didlm kerajaan tersebut...umno menjatuhkan umno....

    BalasPadam