Header Ads

ads header

Flash News

Ku Li saran UMNO kaji semula hubungan dengan Bersatu, Pas


SHAH ALAM
- Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat parti itu wajar mengkaji semula hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, hubungan berkenaan tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada rakyat dan negara kerana matlamat masing-masing seakan-akan sama sehingga boleh mencetuskan pergaduhan.

“Jadi, apa untung kita (UMNO) dengan parti Bersatu? Apa untung kita berpakat dengan Pas?

“Masing-masing seakan mempunyai matlamat yang sama, akhirnya kita tak boleh nak bersatu,” katanya menerusi portal The Malaysian Insight hari ini.

Pemimpin veteran UMNO itu yang turut dikenali sebagai Ku Li menegaskan bahawa konflik yang bakal berlaku itu tidak membawa keuntungan kepada rakyat dan negara.

Tegasnya, UMNO perlu berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa sebarang tindakan.

“Jangan kita nak adakan himpunan besar, nak berseronok, maka kita adakan pakatan seumpama itu sehingga di pengakhirannya kita tak boleh memberi natijah yang baik kepada rakyat.

“Jadi, saya rasa eloklah kita kaji semula hubungan ini,” katanya.

Pada masa sama, Tengku Razaleigh turut mempersoalkan pimpinan UMNO kerana parti itu tidak memegang lebih banyak jawatan menteri atau diberi peranan portfolio utama dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, UMNO sepatutnya menguasai kerajaan kerana ia parti yang terbesar dalam blok kerajaan walaupun kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sehubungan itu, katanya, UMNO perlu merampas semula kerusi Parlimen Pagoh milik Muhyiddin dan Parlimen Langkawi yang dipegang Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bukan kerana kita besar kepala atau nak jadi ketua, tetapi kita adalah golongan terbesar dan parti yang tertua.

“Selain mempunyai pengaruh di merata-rata tempat, perkara ini juga ada kaitannya dengan perjuangan dan wajar diberi pimpinan.

“Mana kerusi kita dulu kita kekal, tidak ada nak runding-runding lagi. Apa nak runding, kerusi kita,” katanya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


22 ulasan:

  1. Takdak sesuatu apa pun yang boleh dibanggakan dan boleh dibuat rujukan berkenaan ku li pada kepentingan umat melayu dan islam.

    Lalu apa perlu amno akur pada gesaan seorang yang telah berlalu era idea basi mereka.

    BalasPadam
  2. Moleklah.berpecah semula.terus angkuh dan perasan umno tu kuat dan tak perlu bergabung.Kembali bertelingkah.Mudah cikit DAP nak melanun harta rakyat hambat melayu2 bodoh yang asyik berbalah hingga lubang kubur.BODOH HINGGA TUA

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETUJU DENGAN PANDANGAN AWANAMA....BODOH HINGGA TUA !!!

      Padam
  3. Betul...perasaan sgt dia tu cerdik padahal.....sampai tua

    BalasPadam
  4. Awak dah tua la. Baik duk diam2 je. Buat amal ibadat bersedekah banyak2 sebab harta banyak Tak boleh bawa masuk kubur. Tapi amal jariah dosa pahala Akan ikut Kita sampai ke Padang mahsyar.

    BalasPadam
  5. Ternyata... Beliau boleh di ibaratkan seperti pepatah melayu "cerdik yang tidak boleh di tumpang, B&*$h yang tidak boleh di ajar"

    BalasPadam
  6. Ku Li nasih spt dulu sentiasa ingin menjadi *seperti melepaskan anjing yg tersepit* dan jika S46 tidak bergabung dgn Pembangkang ketika berkonflik dgn Atok ,Kuli rasanya sudah tamat karier dan paling hebat pun jd Veteran UMNO,mmg KuLi hanya berjuang utk mencapai cita2 peribadi spt Abam dlm versi yg berbeza dgn bersadurkan anak raja berjiwa marhaen

    BalasPadam
  7. Percayalah bahawa jika ada yang menganjurkan perpecahan umat Islam maka ia adalalah SYAITAN...Sungguh...cuba check siapa disebalik Kuli...

    BalasPadam
  8. Matlamat sama la baguih utk mencapai sesuatu kejayaan takkan lah nak cari kumpulan yg matlamat yg tak sama duduk dan bergabung. Nak kata bodoh dah tua

    BalasPadam
  9. KuLi dengan umur yg telah tua sebegini layak berqiam di Madrasah Ilahi kerana sudah x perlu mengejar apa2 lg di dunia sementara baik tumpu kpd Mengejar kenikmatan kekal di Syurga ajaklah Atok Sekali

    BalasPadam
  10. Politik KuLi,Atok n Abam lebih bercirikan aku hebat bukan utk rakyat sekadar utk koni n pengikut tegar

    BalasPadam
  11. Ku Li,,baik undur diri daripada politik,,dlm keadaan melayu islam tertindas di tanah air sendiri akibat perpecahan selama ini,, masih bodoh tak habis2,, nak suruh kembali berpecah dan bergaduh? nak suruh bergaduh sesama saudara seagama,,gila haramjadah , bodoh mcm lembu tua, hang betui2 kuli setan...harap pimpinan umno "sejukkan" saja Ku Li. MEMALUKAN org melayu saja.

    BalasPadam
  12. Duduk la diam2 di Gua Musang tu, jaga penduduk di parlimen awak elok2.

    Khazanah yang ada elok mulakan infaq pada yang lebih memerlukan sebagai memenuhi tanggung jawab sebagai tok wakil.

    Banyak yang nak kena jawab esok di sana.

    BalasPadam
  13. Sesungguhnya puak munafiqun liberal berusaha melaga-lagakan kaum Melayu Islam supaya kaum Melayu Islam berpecah-belah dan menjadi lemah supaya puak kafir harbi roket boleh memerintah negara dan menindas Islam dan umat Islam.

    Maka kita tidak terkejut melihat Syaitan @ puak munafiqun berusaha siang dan malam melaga-lagakan parti-parti komponen dalam PN.

    Sebaliknya, mereka sanggup menyembah, memuja dan menjilat pemimpin kafir harbi roket dan membiarkan kaum Melayu dan agama Islam ditindas dan dizalimi. Sesungguhnya mereka adalah pengkhianat agama dan bangsa.

    Pemimpin-pemimpin kafir harbi roket sudah pasti merasa gembira makan pop corn dan bertepuk tangan dan berhigh five menonton badut-badut liberal Melayu memusnahkan kaum Melayu.

    Sepatutnya pemimpin-pemimpin munafik ini dibuang ke dalam tong sampah sahaja kerana mereka adalah pelacur politik murahan ternakan puak kafir harbi roket yang sangat mementingkan diri mereka sendiri sahaja !

    Cukuplah 22 bulan !

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH jgk salah...kuah kuah kuah355x!

      Padam
  14. Penyatuan adalah untuk menyelamatkan agama, negara dan bangsa dan bukan untuk menguji siapa lemah siapa kuat. Idea ku li ni wajar dibakulsampahkan

    BalasPadam
  15. cuba check sejarah ku li terhadap pas, dari situ bole kita tahu siapa itu ku li, tak perlulah nak bangga sangat dengan dia

    BalasPadam