Header Ads

Header ADS

Lagi ahli AMANAH mohon sertai PAS di Johor


BAKRI
: PAS Kawasan Bakri telah mengadakan satu acara ringkas penyerahan borang keahlian bagi permohonan menyertai PAS yang dilangsungkan sederhana di Markaz PAS Kawasan Bakri, Simpang Jeram, di sini kelmarin.

Di saat serangan pelbagai penjuru musuh politik terutama daripada barisan pembangkang Pakatan Harapan (PH) terhadap PAS, namun perkara sebaliknya berlaku dalam kalangan masyarakat.

Detik ini ternyata penuh makna kerana pemohon untuk menyertai PAS ini adalah ahli PAN yang merupakan parti komponen PH dan dilihat oleh sesiapa sahaja sebagai seteru paling keras kepada PAS.

Yang DiPertua PAS Bakri, Ustaz Kamalulnizam Suhut telah menyerahkan sendiri borang-borang tersebut kepada Mohamad Daud Othman dan Ahmad Jimin, masing-masing ahli PAN Taman Desa Taman dan Sri Terap Bakri.

Beliau ketika berbual dengan keduanya amat mengalu-alukan kemasukan mereka ke dalam PAS dan mengharapkan komitmen kepada perjuangan PAS untuk cita-cita menegakkan Islam menerusi wadah politik ini.

Mereka berdua pula turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih dan berharap PAS sedia menerima semula mereka sebagai ahli dan berjanji untuk membantu menggerakkan PAS dalam masyarakat.

Pimpinan PAS Bakri yang hadir sama pada majlis ini adalah Timbalan Yang DiPertua, Ustaz Asri Abd Rahman dan Ketua Penerangan, Zulhafez Suhut serta Jawatankuasa Harian lain. – HARAKAHDAILY 13/11/2020





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. PAN tiada hala tuju.Sekadar ikut DAP.Nak harap PAN pertahankan Islam disaat Islam diserang?Mengecewakan

    BalasPadam
  2. Sangat setuju ahli amanah sertai Pas semula. Cuma kalau ahli ikram kena berhati2 sebab mereka ini tidak jujur dlm bersahabat. Jangan pisang berbuah dua kali.

    BalasPadam
  3. Kena berhati2 dgn Abim, Ikram n Jim ini semua penghancur PAS dr dlm

    BalasPadam
  4. Bila dah menyertai Pas, jangan pulak terlalu cepat nak bagi jawatan. Biar dari bawah dulu.

    BalasPadam
  5. Kalau ikhlas nk berjuang dlm pas ..geng amanah jadi org bawahan semula..jgn bg jwatan.

    BalasPadam
  6. Tahniah PAS Bakri. Semoga Lbh Ramai Masuk PAS Semula. Tapi Hati2 Dgn Ahli Ikram(Jim). Mereka Tak Ikut Program PAS. Cuma Sokong PAS(Masa Pakatan Rakyat). Bila Berlaku Kekecohan Tak Sokong PAS & Sokong Pan(PH). Takut Mereka Ini Masuk PAS Utk Pecah/Ragu2kan Ahli PAS Terhdp PAS. Ini Berlaku Di Tempat Ana Hulu Kelang. So Kena Hati2. *TERUS ISTIQOMAH*. InsyaAllah.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.