Header Ads

ads header

Flash News

Laman Malaysia Dateline Pro Amanah tarik balik fitnah kepada PM


Susulan laporan polis yang dibuat ke atas satu artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, portal Malaysia Dateline menarik balik artikel berkenaan dan membuat permohonan maaf.

Berdasarkan makluman yang disiarkan hari ini oleh editor Malaysia Dateline, penarikan itu dibuat setelah mereka dimaklumkan bahawa dakwaan penulis di dalam artikel berkenaan adalah tidak tepat.

“Malaysia Dateline telah dimaklumkan bahawa dakwaan seorang penulis bernama ‘Rayusa’ dalam tulisan yang disiarkan oleh Malaysia Dateline bertajuk “Saman Agong satu tragedi negara!” adalah tidak tepat.

“Dalam tulisan itu Rayusa mendakwa, peguam Syed Iskandar Syed Jaafar yang menyaman Yang di-Pertuan Agong selepas baginda menolak permohonan perintah darurat dari perdana menteri adalah “Difahamkan bahawa Syed Iskandar ialah ‘orang’ Muhyiddin sendiri”.

“Memandangkan penafian dibuat oleh Bersatu melalui laporan polis mereka, Malaysia Dateline dengan ini menarik balik tulisan tersebut dan memohon maaf kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan itu,” kata makluman oleh editor portal berkenaan.

Penarikan balik artikel itu dibuat beberapa jam selepas Bersatu membuat laporan polis berhubung artikel yang mengandungi satu perenggan yang didakwa "satu fitnah besar".



Perenggan yang dipertikaikan dalam artikel berkenaan berbunyi:

"Difahamkan bahawa Syed Iskandar (peguam berkenaan) ialah 'orang' Muhyiddin sendiri. Jadi, jika pihak beliau sendiri, tentulah tindakan peguam itu kelihatan seperti direstui, dan memang digalakkan/dilindungi".

Pada 30 Oktober lalu, peguam Syed Iskandar Syed Jaafar, melalui firma guaman Tetuan Kengadharan & Co, memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia susula keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 25 Oktober lalu yang tidak menerima cadangan Muhyiddin untuk pengisytiharan darurat.

Baginda berpendapat kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19 dan bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia.

Syed Iskandar, antara lain, meminta mahkamah menentukan sama ada Seri Paduka mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun perdana menteri menasihatkan sebaliknya.

Plaintif meminta mahkamah menentukan perkara ini berdasarkan Artikel 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 40 secara umum membahas tentang perlunya Yang di-Pertuan Agong bertindak sesuai dengan nasihat kabinet atau menteri yang bertindak di bawah kekuasaan umum kabinet.

Artikel 150 pula antara lain membahas tentang kuasa Seri Paduka untuk mengeluarkan pengisytiharan darurat di mana terdapat situasi di mana keselamatan, ekonomi, atau ketenteraman awam di Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam.

MR:  Tahniah kepada BERSATU yang tegas dalam isu fitnah. Kalau PAS buat perkara yang sama tak teruk ahli PAS nak menjawab. PAS ada ramai peguam tetapi 'slow' dalam hal nak bawa kes sebarang fitnah ke Mahkamah terutama ybertropper dan facebook yang jahat




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Ini laman yg dpt daba drp kafir Harbi, ,,Peguam PAS byk kerja nak bela kes2 hal mcm nie perlu tindakan para pemuda PAS

    BalasPadam
  2. GOLONGAN Mengakui AMANAH...TETAPI KHIANAT DAN MUNAFIKUNN...MR boleh minta dalil2 sah dari ARIFF MULUK

    BalasPadam
  3. Kerja orang munafiq senang kan...mula2 fitnah lepas tu minta maaf

    BalasPadam
  4. Tu dia PARASIT@PELESIT yang satu ketika dulu MEROSAKKAN MARUAH PAS..ALHAMDULILLAH..PARASIT@PELESIT itu telah pun KELUAR dari PAS...tubuh parti sendiri untuk menjadi UNTA TUNGGANGAN DAP...

    BalasPadam