Header Ads

Header ADS

Layanan macam mana kita mahu? Umno perlu sedar diri, kata Annuar


PETALING JAYA:
Umno perlu sedar diri dan tidak berhak mempersoalkan layanan diterima parti itu dalam Kabinet Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Annuar Musa berkata, sesetengah individu dalam parti itu sudah lupa, Umno parti yang kalah dan sudah jatuh.

“Kadang-kadang kita masih dalam kepompong. Kita rasakan Umno sekarang masih macam Umno dulu yang mana kita perlu dilayan begini dan begitu.

“Kita lupa kita datang dari parti yang telah jatuh dah kalah tetapi secara berperingkat kita bina semula kekuatan. Jika bercakap soal layanan, layanan macam mana yang kita mahu,” katanya dalam wawancara bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan anjuran Umno Online malam ini.

Mengulas mengenai kedudukan Radzi Jidin yang dilantik sebagai menteri kanan walaupun tewas di tangan beliau pada pilihan raya umum lalu, Annuar yang juga setiausaha agung Barisan Nasional (BN) berkata, beliau tidak mahu perkara itu menjadi pertikaian parti kerana jawatan dalam Kabinet adalah hak prerogratif perdana menteri.

“Menteri kiri atau menteri kanan kita semua adalah anggota Kabinet. Prinsip saya, bila dah dilantik kita mesti jalankan tugas dengan sebaiknya agar nama parti terjaga. Adakah jawatan dalam Kabinet kita nak buat tawar menawar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan isu jawatan dalam Kabinet seharusnya dirunding oleh parti gabungan sebelum Kabinet dibentuk.

“Kenapa dah lepas 8 bulan baru nak reka cerita kita tidak dilayan dengan adil. Bagi saya itu cerita rekaan. Separuh daripada Kabinet adalah orang BN. Seramai 11 orang dari BN. Apa yang kita nak buat dalam kerajaan, kita boleh buat. Kenapa kita nak reka kita tak dilayan dengan baik,” soalnya.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh menegaskan, Umno perlu melupakan luka lama dan kembali bangkit dalam usaha mengukuhkan muafakat Melayu-Islam jika mahu menawan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Memang, kita semua ada luka. Dengan PPBM pun kita ada luka. Tetapi bagi saya itu pandangan peribadi. Sekarang, formulanya sudah ada atas meja.

“Kalau kita nak memang PRU15, PAS-Umno-PPBM mesti bersatu. Tanggungjawab Umno sekarang ini adalah memimpin penyatuan Melayu-Islam supaya kita dapat bentuk sekuat-kuatnya penyatuan dan sekat kemaraan DAP,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. UMNO perlu buat sunat istikharah berjemaah

    BalasPadam
  2. pandangan positif anuar musa.berpegang teguh pada TALI ALLAH..ukhwah sesama ISLAM agenda utama dapat diperkuatkan dan dipertahankan.saidina umar SEBELUM ISLAM adalah musuh utama..dgn Hidayah ALLAH peluk ISLAM dan jadi gelaran SINGA ALLAH bila memerangi musuh ISLAM.Carik carik bulu ayam lama2 bercantum jua..air dicincang tidak akan putus dan Buang yang keruh ambil yang jernih...INSHA ALLAH Aminnnn

    BalasPadam
  3. Semakin matang, relevan dan menyerlah annuar musa kini.

    BalasPadam
  4. Masih ada lagi UMNO uban tapi totok tak nak berubah.Perasaan kuat dan perlu berbalah hingga mati.seolah-olah semua kena ikut telunjuk UMNO.Angkuh sombong yang payah nak lentur.Cukup2 dah berbalah.Kembalilah kepada persaudaraan.Orang PAS dah lama disakiti dan ada yang dibununh kerana poltik.Tapi PAS berlapang dada,lupa kisah lama,kembali persudaraan seperti Al-Quraan suruh.Kepada yang bebal sangat,mohon berubah,kecuali kmau memang spesis tak mati dan tak akan jumpa lubang kubur.

    BalasPadam
  5. Ada Pemimpin2 Umno masa kini perangai mcm Abang2 Abdul Wahub ( 3 Abdul ).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ada..Najib,Zahid,Ahmad Maslan..Maslan tu dah lah dahi luas kepala dia beso pulak tu..

      Padam
  6. Pemikiran annuar musa terbaik..aku hormat keperibadian dan otak cergas mcm nie..
    Terbaik tp malang bila zahid hamidi pegang presiden semula berbanding tokmat hassan.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.