Header Ads

ads header

Flash News

Lebih 1 juta isi rumah di Lembah Klang putus bekalan air


PETALING JAYA:
Sejumlah 1,139,008 isi rumah di Lembah Klang akan terputus bekalan air mulai jam 6 petang ini susulan penutup empat loji rawatan air akibat pencemaran, kata Air Selangor dalam satu kenyataan.

Senarai penuh 1,279 kawasan yang terjejas bekalan air akibat pencemaran bau Sungei Selangor boleh di dapati di pautan.

Susulan pencemaran Sungai Selangor yang dikesan hari ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan penutupan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.

Berikutan itu, gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka melibatkan 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan bermula jam 6 petang ini.

Ia melibatkan Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Dalam satu kenyataan, Air Selangor memaklumkan sehingga jam 2:30 petang ini, pencemaran di Muka Sauk LRA Rantau panjang pada tahap 8 TON dan LRA SSP1, 2 dan 3 pula pada tahap 4 TON.

"Usaha untuk mencairkan bahan pelarut dan bahan pencemaran yang terdapat di dalam Sungai Selangor telah dilakukan dengan melepaskan air dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 300 juta liter sehari dan Empangan Sungai Tinggi sebanyak 500 juta liter sehari.

"Dalam pada itu, Lembaga Urus Air Selangor telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter sehari untuk tujuan yang sama," kata Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor, Elina Baseri.

Menurutnya, Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Maklumat gangguan bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawangnya www.airselangor.com.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Sampai bila2 pun macam tu juga...dah perangai PEMIMPIN PH BODOH SOMBONG...sejak ambil alih KERAJAAN NEGERI hal AIR telah diperkatakan...sampailah ni...PENCEMARAN SUNGAI adalah ISU HANGAT ...tiada TINDAKKAN SUSULAN YANG AGERASIF...

    BalasPadam
  2. anak haram dlm Kerajaan negeri kan dh kata mana ada kilang haram kat Selangor..

    haaa... ambikkk

    BalasPadam
  3. Apabila poliTIKUS Pee H membaiki labu diundi oleh rakyat yg naif konon untuk 'perubahan', maka akibat buruk akan menimpa ke atas kepala rakyat sendiri.

    Pelbagai janji palsu Pee H telah menjadi air kencing yang sangat hancing. Ekonomi merundum dan beban rakyat meningkat dan aset kerajaan dan aset tabung umat Islam dijual dll kerana poliTIKUS Pee H pimpinan sifu roket yang memerintah negara dan negeri.

    Bekalan terputus atau terganggu sepanjang masa dengan pelbagai alasan yang mencerminkan kegagalan kera jaan Pee H sendiri.

    Semua rakyat sendiri mahu ingatlah. Dalam PRU yg akan datang tolong undi parti Islam dan parti Melayu dalam PN supaya rakyat tidak boleh dikencing oleh puak Pee H.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan perenggan ke-3 komen 1:53:

      Bekalan air selalu terputus atau terganggu sepanjang masa dengan pelbagai alasan yang mencerminkan kegagalan kera jaan Pee H sendiri.

      Padam
    2. Takpe, Kat bulan dah ada air, Jom pindah ke bulan

      Padam