Header Ads

ads header

Flash News

Lebih 8,000 individu cuba ceroboh sempadan negara


KUALA LUMPUR -
Ops Benteng yang dijalankan bagi mengawal ketat sempadan negara berjaya menahan seramai 8,427 pendatang tanpa izin, 789 tekong dan 351 penyeludup bagi tempoh 1 Mei hingga semalam, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, dalam tempoh itu juga sebanyak 227 bot serta 922 kenderaan darat dirampas menerusi operasi bersepadu tersebut yang turut bertujuan mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini.

"Semalam Operasi Benteng telah berjaya menahan 51 pendatang tanpa izin, dua penyeludup serta merampas tiga bot/kapal dan tiga kenderaan darat.

"Sebanyak 274 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam, melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (210), Polis Diraja Malaysia (54) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (10)," katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan PKP Bersyarat (PKPB) hari ini.

Turut terlibat dalam Ops Benteng ialah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, 517 individu lagi ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKP semalam.

Daripada jumlah itu, 467 individu dikompaun manakala 50 pula direman dan antara kesalahan ingkar arahan tersebut ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (187), tidak memakai pelitup muka (83) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (63).

"Kesalahan lain ialah aktiviti di pusat hiburan (56), aktiviti perjudian (42), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (37) dan lain-lain (49),"katanya.

Menyentuh mengenai kuarantin wajib, Ismail Sabri berkata, sejak 24 Julai hingga semalam, seramai 69,443 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua mereka telah ditempatkan di 69 hotel serta 22 Institut Latihan Awam (ILA) dan institusi pengajian tinggi swasta di seluruh negara.

Seramai 396 individu pula telah dihantar ke hospital untuk rawatan, katanya. - Bernama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. dah ada pandemik baru serius banteras..
    bila sebut angka... Nampak besar jumlah tangkapannya.
    rupanya puluhan ribu setahun bolos sempadan Negara pada tahun tahun sebelumnya.
    masa tu takda siapa nak ambil kisah.
    sebab waktu tu Negara tak berdepan musibah..

    politician.. macam tu la

    BalasPadam