Header Ads

ads header

Flash News

Macai PH fitnah lagi, Honda Accord untuk ketua jabatan bukan exco, kata MB Kedah


Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata dakwaan pembelian 12 buah kereta jenis Honda Accord 1.5 yang tular di laman sosial kononnya untuk kegunaan barisan exco kerajaan negeri, adalah fitnah semata-mata.

Menurut beliau, kereta berkenaan sebaliknya untuk kegunaan ketua-ketua jabatan di negeri itu dan kelulusan pembelian dibuat dalam Belanjawan Kedah 2020, iaitu semasa di bawah pentadbiran menteri besar terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

“Ada kenderaan yang dibeli oleh pegawai (ketua jabatan) yang telah berpencen (ada kelayakan), jadi kenalah beli kenderaan lain untuk gantikan kereta jabatan berkenaan.

“Ada juga kenderaan yang sudah dilupuskan kerana kos penyelenggaraan melebihi 100 peratus daripada harga beli, ada juga jabatan yang keretanya sudah melebihi 10 tahun dan kos penyelenggaraan terlampau tinggi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau berkata selain Honda Accord, 11 buah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux turut dibeli untuk kegunaan pelbagai jabatan di negeri itu.

“Ada jabatan yang langsung tiada kenderaan, ada juga pegawai yang terpaksa guna kenderaan sendiri untuk tugasan luar, jadi kita kena beli kenderaan baharu untuk melancarkan urusan rasmi jabatan berkenaan,” katanya.

Beliau membuat penjelasan itu susulan tular di laman sosial sejak semalam, satu klip video memaparkan deretan kereta Honda Accord kononnya baru dibeli untuk kegunaan barisan exco Kedah.

- Bernama

MR :
Dulu menang kerana buat fitnah, takkan nak buat perkara sama, sekarang dah tahu kencing PH



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Kalo tak kencibg apalg yg Pee Hancing boleh auta

    BalasPadam
  2. Tu dia..beli honda accord keluaran BMF.
    Melayu pakai kapcai, Y suku sm axia je la.tu pun hutang bln2.
    Jgn lawan, kang terus kena cop tokong Dap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berlamak lanar Melayu Hancing pakai kereta mewah kalo PAS pakai kereta buruk pung kau org ttp mulut temoayan

      Padam
    2. Habis tu nak suruh beli kapcai utk jabatan/pegawai...

      Padam
  3. Adakah anda memerlukan Pinjaman segera? Kami menyediakan pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman pelajar, pinjaman kereta, dll. Sekiranya anda berminat, hubungi kami: (challotloan@gmail.com) Tawaran

    pinjaman segera

    BalasPadam