Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir sindir Najib atau Anwar? Atau kedua-dua sekali?


Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kehairanannya mengapa perbicaraan mahkamah ditangguhkan untuk membendung Covid-19 akan tetapi ada “banduan” dibenarkan berucap di Dewan Rakyat.

Bekas perdana menteri itu berkata, perbicaraan mahkamah sepatutnya boleh dibenarkan berjalan mengikut peraturan sama yang dikenakan bagi persidangan Parlimen.

“Amat pelik perbicaraan di mahkamah dihentikan tetapi banduan boleh berucap di dewan Parlimen.

“Jika boleh di Parlimen, tentulah boleh juga di mahkamah,” katanya sewaktu membahaskan Belanjawan 2021 hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu tidak menyebut nama sesiapa tetapi ucapannya dibuat selepas beliau menyentuh tentang “pakar budaya cash is king”, yang dipercayai merujuk pada bekas perdana menteri terpalit rasuah, Najib Razak.

Najib yang juga ahli Parlimen Pekan berucap membahaskan Belanjawan 2021 pada Selasa.

Ucapan Najib yang seolah-olah menggambarkan beliau tidak bersalah menyebabkan Maria Chin Abdullah (PKR-Petaling Jaya) memprotes dengan meninggalkan Dewan Rakyat.

Tindakan Maria itu disambut dengan kemarahan Pemuda PKR yang menggelarkan bekas pengerusi Bersih 2.0 itu sebagai “bodoh” dan “bebal“.

“Jika boleh di Parlimen, tentulah boleh juga di mahkamah,” katanya sewaktu membahaskan Belanjawan 2021 hari ini.

Najib sebelum ini bersama-sama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menulis surat kepada Yang di Pertuan Agong untuk menyatakan sokongan terhadap supaya Presiden PKR Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri, sekaligus menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

Najib sedang menunggu rayuan selepas disabitkan tujuh tuduhan jenayah salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kes itu ditetapkan untuk rayuan pada 15 Februari tahun depan. Najib sementara itu sedang dibicarakan atas beberapa tuduhan lain bersabit skandal 1MDB.

Mahkamah bagaimanapun ditangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 14 Oktober hingga 6 Disember.

Menurut Mahathir, tempoh perbicaraan akan terus berlanjutan sekiranya mahkamah tidak meneruskan perbicaraan dengan melaksanakan langkah kawalan termasuk penjarakan.

“Kurangkanlah pemerhati dan media, dan amalkan perpisahan sejauh satu meter antara mereka yang perlu berada semasa perbicaraan.

“Jika nak nanti Covid-19 (berakhir), bertahun-tahun lagi diperlukan,” kata Mahathir.

Selain Najib, beberapa ahli Parlimen BN juga sedang menghadapi perbicaraan atas pelbagai tuduhan jenayah rasuah dan pengubahan wang haram, termasuk melibatkan dana 1MDB.

Mereka ialah Zahid (Bagan Datuk), Tengku Adnan Mansor (Putrajaya), Bung Moktar Radin (Kinabatangan) serta Ahmad Maslan (Pontian).

Sumber : malaysianow.com

MR :  Kedua-dua Najib dan Anwar jadi banduan kerana hasil kerja Atok




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Atok mmg PADU bila tembak musuh bike kena btg hidong buat2 tak ibgat,, ,Class baka KERALA

    BalasPadam
  2. jgn pedulikan irg tua perompak sebenar harta rakyat.
    kita tak lupa,,
    - skandal bmf 2 billion,sehingga jalil ibrahim dibunuh di hong kong.
    - skandal misc.
    - skandal mas.
    - skandal forex.
    - pembunuhan ibrahim libya di memali.
    senarai mahathir merompak banyak lagi,,,
    tangkap ja mahathir jahanam ini...

    BalasPadam
  3. Anwar bekas banduan. Yang seorang lagi sudah didapati bersalah cuma belum masuk sebab menunggu rayuan. So ayat Tun merujuk siapa agaknya?

    BalasPadam