Header Ads

ads header

Flash News

Mampukan 'political will' pemimpin utama UMNO membetulkan keadaan.


Tajuk berita memang selalunya lebih sensasi dari kandungan berita. Ianya kaedah biasa untuk menarik minat pembaca.

"UMNO kena sedar diri," kata TS Annuar Musa.

Ini macam cerita biasa sahaja, saya terfikir.

Hanya yang luar biasa kali ini ialah ini ialah pendapat Annuar Musa, Setiausaha Agung Barisan Nasional dan bukan lagi pendapat pemimpin muda PPBM atau PAS.

TS Annuar menghuraikan bahawa pada PRU 15, BN hanya ada dua pilihan, iaitu pertama, bersendirian, atau kedua, berpakat bersama Perikatan Nasional.

Disebut juga pilihan ketiga, iaitu untuk BN berpakat pula dengan PH. Pilihan ini, pada pendapat saya, ialah sindiran tersirat TS Annuar terhadap DS Zahid Hamidi, Pengerusi BN yang dikatakan menyokong DS Anwar Ibrahim untuk mengganti TS Muhyiddin.

Kerana ianya satu sindiran, saya tidak mengambil berat pilihan ketiga ini.

Hujahan TS Annuar mengapa BN harus mempunyai 'political will' untuk terima PPBM sebagai parti rakan kerana PAS bertegas akan 'memperkasakan MN, mempertahankan PN'!

Lagipun, ikut cakap TS Annuar, kalau UMNO mampu bermuafakat dengan PAS setelah bertahun-tahun bermusuh, tentunya UMNO mampu menerima PPBM yang merupakan seteru baru UMNO.
Logik juga hujahan TS Annuar.

Hanya dia tidak menyebut sebenarnya kerjasama UMNO dan PAS bermula lebih awal dari PRU 14 walaupun pada isu-isu tertentu. Takkan TS Annuar terlupa mengenai usul mengenai RUU 355 di Dewan Rakyat atau pun perhimpunan bersama UMNO dan PAS mengenai isu Rohingya.

Kedua, PAS tidak 'mencuri' ahli dewan rakyat atau dewan negeri UMNO sepertimana dilakukan oleh PPBM. Sehinggakan, hari ini, lebih ramai 'katak' ahli parlimen UMNO dalam PPBM daripada ahli parlimen PPBM yang ori!

Ketiga, TS Annuar mungkin juga tidak mahu menyatakan pendapat dan pemikiran pemimpin dan ahli UMNO di peringkat negeri. Tentunya dia tahu tentang pendirian kepimpinan negeri di Selangor atau pun Johor.

Bagi TS Annuar, ianya soal 'political will' sahaja!

Tapi sebelum dibangkitkan 'political will' di kalangan kepimpinan tertinggi parti, apa sebenarnya keputusan kepimpinan?

Bukankah lebih waras memuktamadkan keputusan sebelum mencemuh parti sendiri seolah-olah kepimpinannya 'tidak sedar diri' yang kononnya PAS akan 'pertahankan' Perikatan Nasional dan hanya akan 'memperkasakan' Muafakat Nasional.

Kalau belum ada keputusan, lebih baik bagi TS Annuar sebagai Setiausaha Agung BN tidak mendahului, malah tidak mencampuri, urusan sebuah parti komponen BN, iaitu UMNO, yang tidak pernah pun memperkasakannya.

Apa pun, kita tenguk sahaja lah samada DS Zahid Hamidi, selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN, mempunyai 'political will' membetulkan keadaan.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Zahid Komedi berburu mimpi yg sama
    dgn Jibby bg nerebut Sel Lama Ex Big Boss di Buluh River

    BalasPadam
  2. Bukan zahid ngan Najib je, atok, nuar and yidin, semua boleh rebut sama. Kalau yg lain nak join, boleh. Go End, mat sabu, jemin dll.

    BalasPadam
  3. Minda lama zahid hamidi nie..minda tembolok saja..masa depan negara dia x fikir pun sebb diaindon jati bukan melayu malaysia.kami sokong anda annuar musa

    BalasPadam
  4. Jika parti Melayu mahu selamat dan nasib kaum Melayu dibela, sila buang semua parasit dalam parti Melayu yang menjadi barua ternakan parti munafiqun liberal dan parti kafir harbi biaDAP kerana semua parasit bangsat ini sedang berusaha memecah-belahkan dan melemahkan dan memusnahkan pakatan parti-parti Melayu Islam supaya mereka boleh menjadi boneka yang menjilat puak kafir harbi biaDAP pada tahap dewa.

    Sesungguhnya semua parasit itu adalah pengkhianat agama dan bangsa kerana mereka adalah pelacur politik murahan yang menyokong agenda jahat parti kafir harbi biaDAP menghapuskan hak agama Islam dan hak kaum Melayu dll.

    Mereka ini adalah si-Kitol, Mendeliar dll di abad ke-21. Pemimpin parti ultra-rasis biaDAP ketawa tergolek-golek.

    BalasPadam