Header Ads

ads header

Flash News

Minta polis siasat cepat-cepat kes Forex


Dr Mahathir nampaknya tak puas hati Najib Razak berucap di Parlimen. Atuk beranggapan bahawa Bossku adalah banduan dan oleh itu banduan tak layak menasihati kerajaan. Atuk dah lupa barangkali yang hukuman Bossku telah digantung oleh Mahkamah Tinggi sementara menunggu rayuan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Atuk juga dah lupa barangkali yang Bossku masih MP Pekan yang sah dan oleh itu beliau berhak mengambil bahagian dalam prosiding di dalam Dewan Rakyat.

Kadang-kadang aku rasa Atuk tau yang Bossku bukan secara teknikal seorang banduan. Mungkin Atuk tujukan perkataan banduan ini kepada orang lain.

Dan kalau Atuk begitu ambil peduli tentang imej seseorang MP, saya nak tanya, kes Forex apa jadi? Nak baca apa RCI kata:

'Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyorkan untuk melaksanakan siasatan kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu yang bertanggungjawab sewaktu urus niaga mata wang asing (forex) dilakukan sekitar tahun 1990-an.' (https://www.astroawani.com/.../rci-kemuka-syor-pdrm...)

Dapatan RCI tidak boleh dicabar. Atuk telah cuba tapi Mahkamah Tinggi tak benarkan. Rayuan ke Mahkamah Rayuan juga ditolak. Untuk rekod, ketika kes didengar oleh Mahkamah Rayuan, Atuk adalah PM (https://www.sinarharian.com.my/.../Mahkamah-tolak-rayuan...)

So apa Atuk buat selepas itu? Aku rasa dia tak rayu ke Mahkamah Persekutuan. Tapi perkara aneh telah berlaku. Laporan polis yang dibuat oleh setiausaha RCI selepas keputusan dibuat, tiba-tiba ditarik-balik. So, apa lagi, kes Forex menjadi NFA di zaman Tommy Thomas menjadi AG (https://www.malaysiakini.com/news/481988).

P.S. Sambil kita mencari vaksin untuk membunuh Coronavirus, kita jangan tunggu lama-lama. Minta polis siasat cepat-cepat kes Forex ini sebelum saki baki saksi dan suspek kes ini pupus selama-lamanya. Atuk malu nak dengar ucapan Bossku tapi tak malu tengok muka di cermin. Mari kita beri dia kemaluan.

DR. SHAMSHER SINGH THIND





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. SIASAT AJE ..wahai Dr Shamsher Singh Things ..nak juga aku tahu BAPAK SEGALA KLEPTOKRAT yang SEBENARNYA SIAPA...TUN MAHATHIR @ DATUK SERI NAJIB RAZAK...jangan cakap aje lebih wahai DR SHAMSER...MAJORITI RAKYAT MALAYSIA NAK TAHU CERITA SEBENAR KES FOREX...bertindak sebagai anak jantan wahai Dr Shamsher..bukan sebagai PONDAN !!!

    BalasPadam
  2. Atok Firaun
    Jibby Namrod

    BalasPadam