Header Ads

Header ADS

Mohd Fakhrulrazi kata keluar parti adalah perancangan parti Amanah bukan keputusannya


Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menegaskan yang dia tidak tahu-menahu mengenai pengisytiharan keluar parti oleh Amanah untuk dirinya pagi tadi.

Ketika dihubungi, Fakhrulrazi berkata dia belum menerima apa-apa notis daripada Amanah dan hanya mendapat tahu mengenai hal itu melalui media sosial.

“Saya tak ada komen. Saya tak ada apa. Saya tak ada cerita nak nafi. Saya tak kata apa-apa.

“Tengok bila benda itu (spekulasi keluar parti) dah tular, tak sampai 24 jam mereka (Amanah) dah buat keputusan. Saya nak buat apa?”

“Saya tak ada isytihar pun (keluar parti). Kalau itu keputusan parti, saya akur,” katanya kepada Malaysiakini.

Fakhrulrazi memberikan respons tidak lama selepas Setiausaha Amanah Selangor, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim, mengesahkan dia telah keluar parti untuk menyertai PKR, sekali gus membatalkan semua jawatan parti yang disandangnya.

Ditanya apakah dia sudah menyertai PKR, Mohd Fakhrulrazi tidak mahu mengulas dan menjawab akan memberi penjelasan apabila “sampai masa”.

“Tak tahu. No comment. Sekarang lebih kepada fokus nak kerja sebagai Adun, sebab rakyat yang pilih. Saya kena selesaikan mandat itu.

“Nanti saya akan jelaskan bila sampai masa,” katanya lagi.

Spekulasi keluar parti membabitkan Mohd Fakhrulrazi bertiup semalam, mendakwa dia akan menyertai PKR, namun ketika dihubungi semalam, Mohd Fakhrulrazi juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

Amanah memenangi sembilan kerusi di dewan negeri Selangor semasa pilihan raya umum 2018.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


9 ulasan:

  1. PAN yg paling ramai kini muka nenyingkir ahli kerana terlebih kapasiti

    BalasPadam
  2. PAN...'dna' nya khianat, apa nk heran isu lompat partai...dimana ada 'ranting'....di di situ akan sampai...

    BalasPadam
  3. PAN...'dna' nya khianat, apa nk heran isu lompat partai...dimana ada 'ranting'....di di situ akan sampai...

    BalasPadam
  4. PAN...'dna' nya khianat, apa nk heran isu lompat partai...dimana ada 'ranting'....di di situ akan sampai...

    BalasPadam
  5. Amanah boleh bergabung dengan DAP atau abang mat letak jawatan, serah kepada proksi 'IRC' menguasai parti..

    Apa dah jadi kepada Amanah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. IKRAM disebalik PAN

      Padam
    2. Yg bimbang jika pengaruh SYIAH mula merebak

      Padam
  6. Minta PAS jangan benarkan mana-mana ahli PAN masuk PAS.
    Mereka itu adalah parasit. Kerja mereka adalah merosakkan jemaah.
    Tak kiralah Ikram ke IRC ke. Mereka semua adalah geng Liberal yang bersembunyi di sebalik watak imej Al dan warak.

    Bila ajak bawak agenda Islam, mereka akan mula trolling. Bila DAP kutuk Islam mereka senyap.
    Tak boleh diharap.

    BalasPadam
  7. Selepas PRU15,lenyaplah.Hidup sekadar untuk jadi suruhan DAP. Apa perjuangan PAN?Nak bela Islam.Jangan harap.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.