Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin ada 3 pilihan jika Belanjawan 2021 tak lulus - Ahmad Fadli Shaari


Seorang anggota parlimen PAS menggariskan tiga pilihan buat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat,  Khamis ini.

Menurut Ahmad Fadli Shaari, pilihan pertama adalah mendapatkan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, sekali gus mengadakan pilihan raya mengejut.

Bagaimanapun, memujuk seri paduka untuk mengadakan pilihan raya ketika ini agak mustahil susulan keadaan negara masih dilanda wabak ketiga Covid-19, yang melonjak selepas pilihan raya negeri (PRN) di Sabah.

Bagi pilihan kedua, Ahmad Fadhli mencadangkan agar Muhyiddin dan menteri kabinet Perikatan Nasional (PN) meletakkan jawatan.

“Atau pilihan ketiga yang tidak popular. Mengisytiharkan darurat tapi sangat tidak baik pada pandangan rakyat,” katanya dalam satu temubual dalam Facebook Kelantan TV semalam. 

Sebelum berlangsung sidang Dewan Rakyat, Muhyiddin yang menghadapi tekanan dari pembangkang dan parti dalam PN memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat bagi menggantung sidang parlimen.

Bagaimanapun Agong selepas berbincang dengan Raja-raja Melayu memutuskan tidak menerima permintaan Muhyiddin, sebaliknya menasihati semua anggota parlimen untuk menyokong Belanjawan 2021.

'Sukar bagi Muhyiddin raih majoriti'

Pada awalnya, ahli politik dari kedua-dua belah parti bersetuju untuk mengikut nasihat Agong namun sejak akhir-akhir ini, keputusan mereka berbelah bahagi.

Sementara itu, Ahmad Fadhli menambah, sukar untuk Muhyiddin meraih majoriti sekiranya rundingan tidak berlangsung dengan baik

“Saya tak dapat nak buat jangkaan, ia sangat bergantung kepada bagaimana kerajaan berunding dengan pemegang-pemegang taruh.

“Saya kira tidak mustahil belanjawan ini tidak dapat diluluskan berdasarkan pemerhatian saya tetapi saya berdoa bajet ini lulus.

“Walaupun belanjawan pernah tidak diluluskan pada tahun 1999, ia boleh menyebabkan satu kekangan untuk membuat perbelanjaan yang lebih bebas,”katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Rakyat bersedialah menghadapi kemunafikan Ahli Parlimen yg hanya mencakna rakyat ketika pilihanraya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan pilih ahli parlimen yang tidak menyokong bajet pada pru 15 akan

      Padam
  2. Semua keras kepala dan hanya mementingkan puak masing2.Biar tentera sahaja ambil alih hingga pilihanraya boleh dilaksanakan.

    BalasPadam
  3. Konon masing2 pejuang hak rakyat..tp klu bajet x lulus..sape yg susah..pening ngn semua ahli parlimen..ikut tengkuk masing2 je..

    BalasPadam
  4. Gila kuasa penting kan diri sendiri apa lagi yang ph meroyan ni pergi mampus lah dengy ph dan kuncu3 nya

    BalasPadam