Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin boleh 'dirotan' 7.6 juta pencarum KWSP, kata Puad


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zakarshi memberi amaran bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan dihukum oleh 7.6 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Puad, hal ini akan berlaku sekiranya Muhyiddin bertegas untuk menolak cadangan pengeluaran sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1, termasuk syarat ketat bagi pengeluaran i-Sinar.

"Tinggal tiga hari lagi bajet akan diundi. PM nampak berkeras. Dia tidak takut dengan sokongan bersyarat parti lawan apatah lagi Umno.

"Dia juga tidak takut pada (bekas perdana menteri Najib Abdul Razak, Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim (pembangkang), dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

"Itu semua kacang pada dia," kata Puad dalam satu hantaran Facebook, pagi ini.

Puad juga merujuk kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah bahawa anggota parlimen Gua Musang itu tidak akan membahaskan Belanjawan 2021 sehingga Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun membenarkan usul undi percaya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Ku Li sudah putus tidak mahu bahas Bajet. Itu bermakna PN hilang satu undi," tambahnya.

Katanya, meskipun Muhyiddin kelihatan tidak takut kepada mana-mana pihak, namun perdana menteri itu akan bertembung  “satu kumpulan” pada PRU15 iaitu pencarum KWSP.

"Kumpulan ini ada 7.6 juta ahli aktif. Ahli Umno cuma 3.5 juta sahaja.

"Jangan perlekehkan kuasa kumpulan KWSP ini. Kumpulan ini boleh merotan," kata Puad.

Ungkapan 'rotan' digunakan Muhyiddin ketika menyampaikan perutusan mengenai Covid-19 pada Okt lalu dengan mengatakan kerajaan akan bertindak tegas terhadap mereka yang enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Semalam, Puad mengkritik Annuar Musa dengan mengatakan setiausaha agung Umno itu bertindak seperti jurucakap parti Bersatu.

"Annuar menjadikan Umno terlalu defensif, macam bad boy. Kenapa perlu jadi jurucakap parti lain?" soalnya.

Sebelum ini Umno meletakkan syarat akan menyokong Belanjawan jika kerajaan melanjutkan moratorium selama enam bulan dan membenarkan pengeluaran one-off hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP.

Tanpa sokongan Tengku Razaleigh, sokongan anggota parlimen kepada Muhyiddin kini menurun kepada 111 anggota parlimen.

Walaupun Umno merupakan sebahagian daripada kerajaan PN, beberapa ahli parlimennya mendesak Muhyiddin mengadakan perjanjian baru bersama Umno.

Tidak jelas apakah Umno akan mengundi bagi menyokong Belanjawan 2021 yang akan berlangsung pada 25 Nov ini atau sebaliknya.

Sekiranya Dewan Rakyat menyaksikan kehadiran penuh, belanjawan ini tidak akan diluluskan sekiranya hanya terdapat dua anggota parlimen kerajaan enggan memberikan sokongan.

Undian ini sangat penting bagi Muhyiddin kerana ia boleh mencerminkan undi tidak percaya terhadap kerajaan PN, sekali gus menyaksikan kerajaan pimpinannya tumbang.

MR :  Puad boleh dilantik sebagai cybertropper PH, ringan kerja PH



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Ada sapa2 drp AMNO pi ajak Fuad Jasa bercuti Kat Desaru sbb dia tengah geram AbohbYiden x beri apa2 jat die

    BalasPadam
  2. Puad lidah pendek ni sibuk sgt pasai apa maklum la pencacai tua angkat najis najib

    BalasPadam