Header Ads

ads header

Flash News

Najib bukan Pengerusi Kelab Ahli Parlimen BN seperti diwar-war kata Annuar Musa


SHAH ALAM -
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), bukan Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Demikian kongsi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melalui ciapan balas di Twitter berhubung pelantikan Ahli Parlimen Pekan itu menjelang persidangan Dewan Rakyat esok.

Beliau membalas ciapan seorang pengguna yang menyatakan BN membuat keputusan tepat kerana pengalaman Najib mengurus ekonomi amat diperlukan ketika masa mencabar ini.

Laporan The Malaysian Insight memetik sumber sebagai berkata, bekas Perdana Menteri itu diberikan peranan utama bermula sidang Dewan Rakyat esok, terutama dalam perbahasan Belanjawan 2021.

“Najib dilantik baru-baru ini menjelang sidang Parlimen supaya beliau boleh mengendalikan wakil rakyat BN di dewan

“Beliau berpengalaman, boleh pengaruhi ahli Parlimen,” kata sumber dalam laporan itu.

#Sumber : SH 

MR :  Hebat berita gossip dalam dunia politik 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Lebih kurang kelab penyokong red warrior, pemalu gendang. Ketua pasukan sorak. Hehe

    BalasPadam