Header Ads

ads header

Flash News

Najib tidak wajar ketuai BNBBC di Parlimen, kata Ku Li


AHLI politik yang sudah didakwa dan disabitkan tuduhan di mahkamah tidak wajar memegang apa-apa jawatan di Parlimen kerana kredibiliti mereka sudah tercalar kata Tengku Razaleigh, mengulas pelantikan Najib Razak untuk mempengerusikan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

Tengku Razaleigh berkata beliau tiada masalah dengan Najib secara peribadi tetapi berpendapat bekas perdana menteri sepatutnya melepaskan apa-apa jawatan yang dipegangnya sekarang.

Najib baru-baru ini dilantik menerajui blok ahli Parlimen BN yang tidak memegang jawatan menteri atau timbalan menteri dalam Jemaah Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Atas kedudukannya, pada 10 November beliau diberi masa 90 minit untuk membahaskan Belanjawan 2021, sama seperti masa yang diperuntuk kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

“Kebimbangan saya adalah kredebilitinya… saya tiada masalah dengan Najib secara peribadi.

“Kalau kamu tidak mempunyai rekod yang bersih, lebih baik lupakan politik dan masyarakat kerana kamu akan memimpin orang lain… (macam mana) jika rekod tidak bersih, didakwa di mahkamah.

“Mereka yang mahu menjadi pemimpin rekod kena bersih,” kata Tengku Razaleigh dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insight awal minggu ini.

Mahkamah Tinggi pada 28 Julai mensabitkan Najib atas tujuh tuduhan jenayah bersabit dana RM42 juta dari bekas anak syarikat 1MDB, SCR International Sdn Bhd.

Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi satu tuduhan salah guna kuasa. Beliau juga dihukum penjara 10 tahun atas tiga kesalahan pecah amanah dan 10 tahun lagi untuk tiga tuduhan pengubahan wang haram.

Politik wang

Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li juga berkata beliau tidak berhasrat untuk memimpin Umno dalam keadaan parti itu bergelumang dengan politik wang.

“Kecuali Umno berubah dan lupakan politik wang… saya tidak berminat menyertai pertandingan (menjadi ketua) kerana saya tidak percayakan politik wang,” katanya.

Beliau menambah politik wang antara punca kekalahannya ketika mencabar Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden Umno, lebih 30 tahun lalu.

“Saya tidak gunakan politik wang, saya tidak menang, bila saya bertembung dengan Dr Mahathir 30 tahun lalu, saya tewas kerana tidak gunakan politik wang… saya cuba jadi gentleman.

“Saya tidak gunakan politik sedemikian, saya tidak percayakanya,” katanya.

Selepas kekalahan Tengku Razaleigh dalam pemilihan Umno pada 1987, sekumpulan ahli Umno mengheret parti itu ke mahkamah berhubung isu pendaftarannya sehingga diputuskan tidak sah.

Dr Mahathir kemudian menubuhkan Umno (Baru), sementara Tengku Razaleigh yang tidak diterima menyertainya mengasaskan Parti Semangat 46. Parti itu kemudian bubar selepas dua pilihan raya umum dan beliau serta pengikutnya kembali ke pangkuan Umno pada 1996.

Menurut Tengku Razaleigh, beliau tetap menaruh kepercayaan kepada Umno kerana parti itu banyak berjasa kepada negara sejak awal penubuhannya lagi.

“Saya percayakan Umno, sebab itu saya tidak tinggalkannya… saya tidak menganggap Umno sebagai alat politik yang saya boleh gunakan sesuka hati.

“Bagi saya perjuangannya yang harus kita syukuri dengan apa yang mereka sudah lakukan selama ini. Mereka sudah lakukan terlalu banyak jasa kepada negara berbanding (parti) orang lain,” katanya lagi.

Tengku Razaleigh bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti yang lalu tetapi kalah kepada Ahmad Zahid Hamidi dalam pertandingan yang disertai bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. KuLi ini AMNO baru yg ditubuh Atok,KuLi x blh claim x pernah keluar UMNO ,,KuLu msk slp bubar S46,,,sebenarnya KuLi mahu jawatan yg diberijan tp malu2 kucing,, Jika KuLi kata bakal banduan x layak,,Abam bejas banduan pun x layak n x layak minta ampun dgn Agung tp perlu mintak ampun dgn Allah

    BalasPadam
  2. Bila mana UMNO dilihat semakin mendapat kembali kepercayaan masyarakat, maka jarum-jarum kecil mula mencucuk-cucuk selepas jarum2 halus mula berjaya. Bila mana kapal UMNO cuba dikaramkan, mereka ini diam menikus. Bila berbunyi pun 1 telunjuk menyalahkan org lain,tetapi tak sedar 3 telunjuk ke arah diri sendiri. Kesimpulan..jangan syok sendiri.Bahtera kamu tubuhkan pun telah karam didasar oleh tindakan kamu sendiri.Tahniah

    BalasPadam
  3. Sudah Sampai masanya Penubuhan Majlis Melayu Islam yg terdiri Atok,KuLi,Ayoh Chik,PakLah,Jibby dll Pofesionall Islam yg berwibawa,dihotmati n disegani yg menhd badan yg bersifat MENTOR n RUJUKAN

    BalasPadam
  4. apakah org melayu bodoh hingga masih memilih najib sebagai pemimpin...
    saolah org melayu ketandusan pemimpin yg berkualiti...
    hakikatnya najib adalah PM yg paling tdk berkebolehan pernah dilahirkan...
    kredibiliti negara runtuh bila najib jadi PM...malaysia jadi tak terpandang oleh dunia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mohtar, kau nak kata abah cow pm balik best skali lah ye????

      Padam
    2. Mohtar kalau beri Komen paling mengarut sekali. Kau tolong carikan aku pm utk msia dari luar tanah melayu ni. Kat negeri china ke, vietnam ke, papua ke yg kau berkenan sikit. Aku suruh kau pilih pemimpin yg beragama kat msia ni, kau kutuk gila2 diorang tu.

      Padam
    3. Klau hati dah hitam DSN baru jatuh hukum kamu kata x layak yg dsai tu betul2 banduan x ada pula yg pertikai ni la sifat org melayu x boleh melihat bangsa sendiri berjaya dan dihormati pemimpin luar negara pasti ada aje yg mencari salah

      Padam
    4. Ye ke? Masa dia le aku dapat brim..pemandu teksi dpt bantuan tapi undi ph dan akhirnya menyesal tak sudah (kufur nikmat lagi)...mohtar ni tentu tak amik apa apa bantuan masa najib sbb tentu dah memang hidup kaya raya...

      Padam