Header Ads

Header ADS

Netizen ‘keliru’ pendirian PAS dalam isu arak


BANGI,
7 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Bukan hanya pelik, malah rata-rata pengguna media sosial ‘pening’ dengan pendirian menteri PAS terhadap isu pengharaman arak di negara ini.

Ia susulan respon terhadap petikan satu temubual eksklusif bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang disiarkan di TV Pertiwi hari ini.

Dalam rakaman berdurasi lebih seminit itu, Dr Khairuddin yang ditanya mengenai pengakhiran bagi industri arak berkata, sekiranya minuman keras memudaratkan, ia patut diharamkan untuk dijual secara umum.

Namun, minum arak adalah hak yang diberikan oleh agama masing-masing, dan ia menjadi hak kepada orang bukan Islam.

“Kerana itu hak yang diberikan oleh Allah SWT kepada agama lain dibenarkan.

“Tetapi, kalau judi, tiada agama yang membenarkan judi. Itu perlu bezakan antara judi dan arak. Arak sebahagian agama membenarkannya, kita akan beri hak kepada mereka,” katanya.

Ditanya, adakah PAS akan mendesak kepada pengharaman arak, menurut Dr Khairudin, hak itu masih diberikan kepada orang bukan Islam kerana ia dibenarkan syariat.

“Cuma, bagaimana penjualan itu mesti kita bincang. Kalau dia dijual secara berleluasa hingga menyebabkan memandu dalam keadaan mabuk, itu memudaratkan rakyat.

“Kita tengok bukan pada isu arak, tetapi isu memudaratkan itu menjadi pertimbangan kita. Maka, selagi ia tak mudaratkan orang bukan Islam, teruskan kerana agama mereka membenarkan,” kata Dr Khairuddin.

Keliru dengan kenyataan pemimpin PAS itu, rata-rata netizen mempersoalkan mengenai agama lain yang membenarkan arak seperti didakwa Dr Khairuddin.

“Agama mana yang cakap arak dibolehkan ya akhi?,” tulis Muhammad Anuar.

“Mana ada agama bagi minum arak. Agama apa datuk?,” soal Sit Matsuda.

Sementara, Kety Kety berkata, dalam keadaan sekarang, menjadi kewajaran untuk arak diharamkan memandangkan banyak kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk.

“Betul ke ada agama yang membenarkan minum arak? Betul ke minum arak itu hak diberi oleh Allah kepada agama tertentu, atau video ini dipotong-potong penjelasannya? Ya Allah sungguh mengelirukan,” tulis Rasdan Affandi.

“Setahu saya, belum ada agama di dunia ini yang menghalalkan arak lebih-lebih lagi agama yang dah lama wujud. Kalau agama yang baru wujud tak tahulah pula,” kata Zaey Dean.

https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/851384995437225/



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


13 ulasan:

  1. Yang tersurat pada semua manusia ..dan yang tersirat ALLAH bagi ingatan pada WAHAI orang2 beriman,,,,rujuk ALQURAN yg dinyatakan...peliknya Netizen tidak KELIRU memekakan telinga membisu bila ada dakwaan jika aku tuhan..nabi muhammad pun menipu dan pelarian membela LGBT..rujuk Hanipa Maidin..Khalid Samad Mat SAbu Mujahid...undang ISLAM tidak sesuai kerana masyarakat majmuk dan ramai boleh makan sup tangan,,,Mahathir..langkah mayat aku..DAPIGS..COVID dan kematian pasukan keselamatan di SABAH hanya dandiwara ..Muhamdin Ketapi Dan banyak lagi

    BalasPadam
  2. Ayat awal dia sebut arak tu secara umumnya patut diharamkan krna memudaratkan.
    Ayat kedua berkaitan hak penganut agama lain yg nak minum arak.Ada kepercayaan membenarkan mereka minum arak.
    Dr Khairudin maksudkan mudarat yg kedua ialah sekiranya penganut agama lain minum arak sehingga memudaratkan orang lain maka ia tak dibenarkan . Tp kalau ia minum tanpa mudarat maka ia dibenarkan.
    Ada rakan2 saya beragama lain spt budha menyebut ia minum arak sikit sbg ubat. Banyak tak boleh sbb ia memabukkan.
    Maksud mudarat yg dia maksudkan ialah cara penganut agama lain minum arak itu boleh memberi mudarat pd orang lain @ tidak.
    Dr tidak bermaksud mudarat td dri sudut Islam. Islam jelas melihat ARAK MEMANG HARAM KRN IA MEMUDARATKAN.
    Ramai netizen tak faham maksud yg sebenarnya

    BalasPadam
  3. Ramai ilmuan islam mengulas agama mana benarkan minum arak,,,korang belajar biar banyak guru banyak kitab baru nk persoal apa uszaz2 bgtau,,,jgn pakai ilmu korang yg btak seberapa,,,,jgn buat kenyataan yg korang sendiri tak faham kerana kecetekan ilmu,,,dia berkata2 mengikut ilmu yg dia ada,,korang islam jaga islam bagus2 tiada dia kata islam benarkan minum arak kepada org islam,,,hal agama selain islam biarkan mereka dengan urusan agama mereka jgn kita sibuk ikut campur urusan agama lain jika kita bukan pakar perbandingan agama

    BalasPadam
  4. Islam paling terkedepan menangani isu arak untuk menjaga umat Islam khususnya dan juga menjaga masyarakat. Bila arak dilarang atas nama Islam maka orang orang bukan Islam akan pasti membantah kerana salah faham.Ada juga kalangan Islam jadian yang membantah kerana kejahilan dan menjadi pengikut syaitan. Pengharaman penjualan arak dalam premis tertentu di Malaysia ialah di bawah kawalan undang undang sivil dan tidak timbul isu Islam mengharamkan arak kepada bukan Islam. Kesan keburukan arak terhadap kesihatan dibuktikan melalui ujian klinikal dan saintifik dan termasuk juga banyak kesan kesan rantaian yang lain. Ramai mangsa kemalangan di Malysia juga adalah umat Islam kerana dilanggar oleh pemandu bukan Islam yang mabuk arak. Kawalan penjualan arak adalah satu bentuk kawalan dan bertujuan untuk mengurangkan kes minum arak walaupun tidak menjamin tiada orang minum arak. Ibarat brek kenderaan yang bertujuan untuk mengurangkan kelajuan atau memberhentikan kenderaan, namun begitu brek tidak dapat menjamin tidak berlaku kemalangan.

    BalasPadam
  5. 1. Mana walaun PAS? Lama tak nampak. Isu bir masih dibenarkan dijual tak ulas, isu Covid-19 naik mendadak tak ulas, isu pemandu mabuk tak ulas, isu kematian adib senyap, bila tarikh pelaksanaan RUU355/hudud pun tak tuntut.
    2. Waktu PH perintah nampak garang, kononnya 'Singa Islam'. Sikit saja isu timbul, pasti mereka akan desak PM letak jawatan, menteri letak jawatan. Sekarang? Menikus.
    3. Jika PAS ikhlas dengan perjuangan mereka yang dilaungkan selama ini, sudah pasti mereka akan beri kata dua kepada Muhyiddin. Satu contoh misalnya jika Muhyiddin tidak benarkan pindaan RUU355 dijadikan urusan kerajaan dan dibentang dalam Dewan Rakyat maka 18 Yang Berhormat daripada PAS akan tarik sokongan dan PN akan tumbang.
    4. Ini barulah Singa Islam!
    5. Namun perkara ini tidak berlaku, nampaknya kerusi empuk di Putrajaya lebih utama untuk dipertahankan. Bayangkan RUU355/hudud yang dikatakan nyawa PAS itu pun tidak lagi diperjuangkan apatah lagi isu-isu yang lain.
    6. Lalu apa lagi orang melayu Islam nak harap kepada PAS?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ALHAMDULILLAH SINGA ISLAM...dilabelkan sebagai walaun/bahlol/bengap/lembu..PAS beri contoh terbaik..Hutang negeri dapat dibayar wpun dituduh xpandai tadbirurus arak terkawal utk NON muslim..kelab malam sarang pelacur sifar...MB/EXCO dan PEGAWAI TINGGI KERAJAAN..telah diTARBIYAN bahwa RASUAH HARAM tidak gelap mata..enakmen HUDUD SYARIAH di perkasa DAN diluluskan DUN..hanya tinggal teknikal peringkat Persekutuan.yang penting SINGA ALLAH bukan singa DAPIGS yang sentiasa menolak dan perlekehkan ISLAM selamanya.

      Padam
    2. ALLAHUAKBAR...Lebai penunggang agama hari ini GENAP 70 TAHUN PAS..mungkin yang Penghina2 perjuangan PAS berpelembagaan ALQURAN HADIS QIAS ITJMAK ULAMA...BELUM DIlahirkan lagi.. tidak mengetahui ranjau liku perjuangan sebelum semasa dan selepas merdeka.

      Padam
  6. Nak harap PAN bela Islam?Kelauttt.Hanya PAS sahaja konsisten jaga Islam. Soal RU355 dan seumpamanya, kena faham kaedah dakwah dalam situasi semasa.Tak perlu berlagak pejuanglah kalau jahil agama.

    BalasPadam
  7. Sbb itu Org Islam perlu mendalami agama, belajar dgn yg berilmu ikut Mazhab Shafie,,jgn jd Org Islam tp Jahil Murakab

    BalasPadam
  8. 10.49, lama tak dengar komen kau. Ape citer, apa citer, ape citer ruu355? Kau punya motto, kan? Atau kau geng dgn pandapigs tu yg selalu kutuk PAS? Kau ni masih kuat meroyan tahap gaban sejak hilang kuasa. Terutamanya terlampau jealous dgn pemimpin PAS. Cuba PRU 15, ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kes Beer yang tak memabukkan ni lebih kurang macam kes RUU355 la. Bila dengar aje kata ketua lebai nak bentang RUU355 terus naik stim penyokong. Siapa yang persoal bab teknikaliti semua pakat kena kapir.
      Depa bukan kisah pun RUU355 tu cacat, tak ada limit dalam hukuman, depa tak kisah pun yang bab mahkamah syariah sendiri ada beza kuasa dari mahkamah civil, depa tak kisah yang hakim mahkamah syariah gaji berbeza dengan mahkamah sivil.
      Depa ingat kalau laksana RUU355 terus dapat redha Allah. Sampai 5 tahun kena tipu, bentang tajuk lepas tu sendiri tangguhpun dah di angkat jadi hero. Kena heret sampai ke padang merbuk turun dari pantai timur. Boleh pula mereka salahkan Amanah dan DAP sebab tolak RUU355 padahal bentang pun belum? Apa punya mewa boleh tahu siapa yang tolak dan siapa yang sokong kalau belum bentang. Macam match final bola belum mula dia dah marah kata orang tak sokong.
      Bila dah ada kuasa melalui istidraj, boleh kata RUU355 bukan perkara utama. Nampak sangat RUU355 hanya untuk mempergunakan penyokong dan penuhkan tabung milo. Ada tak lebai minta maaf?
      Kes Beer ini pun sama. Padahal yang tukang duk announce tu bukan main banyak skandal terpalit dengan dia; dia selamat sebab jadi trojan horse mantan PM dan PM sekarang nak bagi lemah parti dia. Tapi yang tak boleh brain, ada mufti belum apa-apa dah puji melangit, siap bagi jaminan rahmat lagi padahal dia sendiri bagi jaminan apa yang dia tiada pengetahuan.
      Rupanya-rupanya Beer yang kurang dari 7% alcohol tidak di kategorikan sebagai minuman keras di tanah Melayu Isle, jadi tak ada beza pun dengan dulu. Memang dari dulu 7Eleven dan speedmart hanya jual beer dan bukan wine.

      Padam
  9. Sewaktu PH terajui Putrajaya, puak kamu bising minta haramkan penjualan arak dan hukum mati pemandu mabuk. Sekarang apabila kuasa berada di tangan kamu, kamu keluarkan bermacam dalil untuk berdalih.

    Maha suci Allah tidak akan memberikan hak kepada makhluk dan hambanya benda-benda yang memudaratkan, kecuali hamba-hamba itu mengengkari larangannya.
    Dakwaan Allah memberikan hak arak untuk diminum oleh non muslim, itu satu fitnah jahat kepada Allah.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.