Header Ads

ads header

Flash News

PAC siasat 1BestariNet era Muhyiddin


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merancang menjalankan siasatan terhadap 1BestariNet, sekali gus menjadikan kali kedua projek bernilai RM2.71 bilion itu diteliti dalam beberapa tahun terakhir.

Dilaksanakan oleh YTL Communications Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, 1BestariNet diharapkan dapat melengkapkan 10,000 sekolah dengan kemudahan internet 4G dan pembelajaran maya berkelajuan tinggi.

Dalam sidang media pagi ini, ketua PAC Wong Kah Woh mengatakan bahawa jawatankuasa telah dimaklumkan bahawa objektif projek tersebut masih belum tercapai.

"Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Pemerolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSUPKK) melaporkan dalam analisisnya mengenai kelemahan dan kecuaian dari segi tadbir urus yang menyebabkan objektif projek ini tidak tercapai," katanya di Kuala Lumpur.

Jawatankuasa ini secara khusus akan mengkaji apa yang berlaku antara 2011 dan 2019, di mana sejumlah RM2.71 bilion dibelanjakan.

Keseluruhan projek 15 tahun bernilai RM4.47 bilion dan kini dalam fasa ketiga, dengan tarikh pelaksanaan sepenuhnya ditetapkan pada tahun 2026.

Terdahulu pada tahun 2016, PAC telah menyiasat projek tersebut dan salah satu penemuannya adalah YTL telah membayar sewa jauh lebih rendah untuk tapak menara telekomunikasi berikutan "campur tangan" oleh menteri bagi pihak konglomerat.

Sementara itu PAC juga membuat keputusan untuk menjalankan prosiding terhadap pelaksanaan pertukaran tanah (land swap) dari tahun 1995 hingga 2018 di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.

Wong berkata, JKSTUPKK telah menjalankan siasatan terhadap 16 kes land swap yang melibatkan 2,932 ekar tanah kerajaan dengan nilai tanah berjumlah RM4.8 juta.

"PAC parlimen dimaklumkan antara isu dalam pelaksanaan kaedah ini adalah berkaitan dengan kerugian kerajaan akibat daripada kaedah penetapan nilai tanah balasan yang tidak konsisten serta pertimbangan politik melebihi kepentingan pertahanan," katanya.

Selain itu katanya, PAC juga akan mengadakan prosiding terhadap pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) dari 2012 hingga 2018 di bawah kementerian pengangkutan.

Katanya, projek AES adalah satu inisiatif sistem penguatkuasaan dalam menangani isu kemalangan jalan raya di negara ini.

"Siasata dibuat terhadap kewajaran Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berjumlah RM555 juta terhadap mengambilalihan syarikat konsesi AES yang mana pelaburan asal syarikat itu hanya berjumlah RM40 juga," kata Wong.

Sehubungan itu tambahnya, PAC akan memulakan prosiding terhadap isu land swap dengan memanggil saksi pertama iaitu ketua setiausaha kementerian pertahanan selaku pegawai pengawal kementerian bagi memberi keterangan dan penjelasan pada 20 Nov depan.

"Selepas prosiding ini, PAC akan membuat keputusan sama ada untuk memanggil saksi-saksi lain yang terlibat dalam isu berkenaan.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Siasat juga projek PPSMI pembekalan multimedia zaman tun

    BalasPadam
  2. Ytl dgn tun mangkuk mcm darah dan daging. Banyak2 isp terkenal dan cukup prasarana di negara kita kenapa ytl yg dpt? Dgn purata sewa sebulan beratus ringgit bagi sebuah sekolah dgn data kelajuan bagai siput babi...goyang kaki mereka dpt laba.
    Slps dr mazslee hentikan kontrak bestarinet dan membuka kpd isp2 yg lain barulah kebanyakan sklh berpeluang mendapat sambungan internet lebih baik. Tak heran jika ytl dan tun mangkuk tersakit hati dgn dr mazslee sehingga dia dipecat.

    Tun mangkuk kalau dia nak mencadangkan sesuatu projek mega spt ppsmi dan bestari.net gerenti tak akan ke mana2 krn niat asal hanya menguntungkan proksi dan kroni. Sama dgn cdgn pengswastaan projek lebuhraya dan ipp. Gerenti berat sblh dan tidak menguntungkan rakyat.Dia peduli apa dgn nasib raykat.
    Harap projek kereta ke3 dibatalkan terus. Kalau dia, proksi atau kroni yg mengurus projek tersebut gerenti lingkup mcm proton. Bukan tidak ada rakyat malaysia yg berkebolehan tapi otak bisnes tun mangkuk tak sama dgn otak mrk yg betul2 buat bisnes. Perodua tanpa gangguan legasi tun mangkuk terus kekal berjaya.Bukan tak ada yg berkebolehan.
    Maka...kata2 mengelirukan dari tun mangkuk sblm dia nak cadang sesuatu projek boleh didengar separuh jer. Selebihnya dah disusun atur utk legasi mrk.

    BalasPadam