Header Ads

ads header

Flash News

Pejuang bagi 12 syarat, Nazri pula nyatakan kesediaan sokong Belanjawan


Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberi 12 syarat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ahli parlimen parti itu menyokong Belanjawan 2021.

Mukhriz Mahathir (Bebas- Jerlun) yang juga presiden penaja Pejuang berkata, pihaknya nekad untuk menolak Belanjawan 2021 sekiranya beberapa pindaan yang dikemukakan tidak dilayan.

Antara 12 syarat yang dikemukakan termasuk lanjutan moratorium dan pengeluaran akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti mana dibangkitkan BN.

"Kita nekad untuk menolak Belanjawan 2021 jika tiada perbahan terhadap syarat kami kemukakan.

“12 syarat supaya kerajaan tak boros berbelanja dalam situasi ketika ini," katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Antara 12 syarat yang dikemukakan Mukhriz ialah menunda pembinaan membabitkan premis bangunan kementerian.

Mengurangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang meningkat daripada RM7.9 bilion kepada RM11 bilion.

Pejuang juga kata Mukhriz mahu kerajaan menunda kesemua projek mega dan memberi tumpuan kepada projek-projek kecil.

"Kurangkan jumlah menteri kabinet dan turunkan gaji menteri, timbalan menteri kalau boleh sehingga 30 peratus.

"Tambah belanjawan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk penyakit tidak berbangkit, walaupun kita bergelut dengan Covid-19, tidak bermakna penyakit lain hilang begitu saja," katanya lagi.

Dalam pada Nazri Aziz (BN- Padang Rengas) menyatakan kesediaannya bagi menyokong belanjawan yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun katanya, pelanjutan moratorium pinjaman dan pengeluaran akaun 1 caruman KWSP wajar dipertimbangkan kerajaan.

"Seperti mana yang lain, seperti Arau, Pekan, kita menyokong bajet ini dan kita minta dua perkara iaitu lanjutan moratorium dan pengeluaran caruman KWSP diberi pertimbangan," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Kenapa Pokok Petai(Pejuang blm diluluskan ROS) tak bg 95 syarat?

    BalasPadam
  2. Dulu semasa bapa hang jd PM setiap kali pembentangan bajet kononnya semuanya baik belaka xada pula syarat yg dikenakan. Kini tiba TSMY jd PM yg mempunyai majoriti tipis berbagai syarat dikenakan utk menyokong bajet

    BalasPadam
  3. Anak KESAYANGAN TUN dan DR SITI HASMAH...LEGASI TUN MAHATHIR...macam mana BAPAKNYA macam tulah BOBOY...X PAYAHLAH nak berpolitik lagi Boboy..hang pun dah kaya raya...tujuh keturunan Boboy pun x kan habis kekayaan hang pun...bersara ajelah dari politik..uruskan aje perniagaan hang lagi elok !!!

    BalasPadam