Header Ads

ads header

Flash News

Pembangkang (baca PH) kalah 2 - 0 hari ini


Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan melalui undian belah bahagi.

Timbalan Speaker, Rashid Hasnon, berkata berdasarkan peraturan mesyuarat, keputusan menunjukkan 107 anggota parlimen menyokong usul peringkat jawatankuasa itu berbanding 95 yang menentang manakala 18 lagi tidak berada di dalam Dewan Rakyat.

Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 ahli parlimen, sebelum itu bangun menyokong RUU itu diputuskan menerusi kaedah berkenaan.

Untuk rekod, kerajaan PN bersama BN dan GPS tidak mempunyai keseluruhan 111 undi hari ini, justeru secara teknikal mereka mungkin dikalahkan.

Namun, yang jelas pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim - yang mengumum pada 23 Sept lalu bahawa dia mempunyai majoriti "kukuh dan meyakinkan" - tidak dapat mengumpulkan sokongan maksimum pembangkang.

Malaysiakini masih sedang mengenal pasti ahli parlimen yang tidak hadir.

Difahamkan, Willie Monging (PN-Puncak Borneo) dan Michael Teo (PH-Miri) tidak hadir kerana memilih untuk kembali ke Sarawak baru-baru ini. Namun, Teo hadir ke sesi undian kedua pada pukul 4.30 petang.

Selepas Belanjawan 2021 diluluskan pada peringkat dasar pada 26 Nov lalu, pembangkang menjanjikan cabaran sengit apabila ia dibahas dan diuji di peringkat jawatankuasa.

Menteri Muhyiddin Yassin dipercayai tidak lagi mendapat sokongan lebih daripada 112 anggota parlimen. Dalam keadaan itu pembangkang hanya memerlukan dua ahli parlimen berubah sokongan untuk menjatuhkan kerajaan PN.  

Sebelum itu, sesi penggulungan dilakukan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Pada pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, kementerian kewangan diperuntukkan RM35.1 bilion iaitu RM20.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM14.1 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Esok, tiga lagi kementerian dijadual menggulung iaitu kementerian luar, kementerian perpaduan negara serta kementerian perusahaan perladangan dan komoditi.

Campur semalam






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Datok Seri Anwar Ibrahim berkata pada September 2020 :

    "I have the numbers "

    " Saya dengan ini mengisytiharkan kerajaan Perikatan Nasional telah tumbang"

    Dua kenyataan di atas adalah kenyataan palsu yang di nyatakan secara terbuka pada sidang Media.

    Sila ambil perhatian.

    Saya syorkan polis menangkap dan memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan mengganggu gugat kedamaian dan juga menghasut rakyat serta mengisytiharkan jatuhnya kerajaan PN tanpa persetujuan YDP Agong.

    Anwar Ibrahim patut ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

    BalasPadam
  2. Saya juga meminta kerajaan PN utk menyaman Datok Seri Anwar Ibrahim dan membayar ganti rugi akibat fitnah dua kenyataan di atas.

    BalasPadam
  3. patut dihukum kerana menghina parlimen semasa undian berbelah bagi untuk bajet 2021 dengan menghantar pesanan whatsup dan kemudian membuat komen atau kenyataan selepas undi bajet 2021, anwar memang tidak menghormati parlimen dan membuat sesuka hati semasa sidang parlimen

    BalasPadam
  4. Tolak anwar pengkhianat belanjawan dan agong.

    BalasPadam